Hati-Hati Bila Coba Contoh Masakan |
SEBAGAI tukang masak khususnya di rumah, kita memang suka merasa makanan apabila ia hampir siap. Terutama selepas dibubuhkan perasanya seperti garam, gula, asam dan sebagainya.
Ada berbagai-bagai cara digunakan untuk merasa makanan yang dimasak. Sesetengah orang lebih suka ambil sedikit contoh makanan tersebut dan dituang ke atas telapak tangan. Ada pula lebih suka menggunakan sudu untuk mengambil contoh masakan dan merasanya. Sebenarnya, kedua-dua cara ini harus dilaksanakan dengan penuh berhati-hati. Mereka yang suka menggunakan telapak tangan untuk merasa masakan perlu pastikan bahawa makanan yang hendak dituang ke atas tapak tangan anda itu tidak terlalu panas. Jika tidak, telapak tangan anda boleh cedera. Begitu juga yang menggunakan sudu. Sudu hendaklah dibasuh lebih dahulu sebelum digunakan semula. Jika tidak, dikhuatiri anda boleh mencemarkan makanan. Merasa masakan yang masih panas juga berbahaya. Ia boleh menyebabkan lidah dan bibir anda melecur. Bukan itu saja, dengan merasa masakan yang masih panas, anda tidak dapat memastikan rasa sebenar masakan tersebut. Cara terbaik ialah dengan menggunakan mangkuk kecil iaitu mangkuk yang lazimnya digunakan untuk lada jeruk, sos atau sambal. Tuangkan sedikit contoh makanan ke dalam mangkuk dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum merasanya. Dengan cara ini juga, anda boleh mengelakkan kemungkinan berlaku pencemaran. Semasa anda makan bersama orang lain, elakkanlah menggunakan sudu makan anda untuk menceduk lauk-pauk yang dihidangkan. Cara begini bukan saja kurang sopan, tetapi ia boleh menyebabkan pencemaran kepada lauk-pauk tersebut. Begitu juga jika anda diajak berkongsi makanan seperti mi, aiskrim, kek dan sebagainya. Sebaiknya ambil secukup makanan tersebut dan pindahkan ke dalam mangkuk atau piring lain dan makanlah secara berasingan.
Sumber dari Berita Harian