Saturday, January 31, 2015

PERIA GORENG TAUCO IKAN BILIS


PERIA GORENG TAUCU IKAN BILIS
Dari Dapur : azizahsulaiman

1 batang peria 
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah* - semua bahan*dihiris
2 sudu besar ikan bilis
2 sudu besar taucu
Sedikit air 
Garam secukupnya 

Cara-cara ;
Peria dibelah dua kemudian dihiris.Di rendam dgn air garam sebentar.
Tumis semua bahan yang dihiris dan ikan bilis.
Masukkan taucu dan sedikit air.
Masukkan peria, garam secukup rasa kerana tauco pun da masin..dan gaul.
Sedia dihidang. 

Tuesday, January 6, 2015

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG


SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
Bahan-bahan nya:
500 gm sotong kembang
1 biji bawang besar dipotong dadu kecil
3 ulas bawang putih sicincang halus
1 inci halia dicincang halus
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar lada kisar
3 sudu besar kacang tanah tumbuk
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan dikisar halus:
5 biji lada merah
5 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 btg serai dihiris halus
4 biji buah keras dibakar hingga harum dan hiris
1/2 inci belacan di bakar hingga harum

Cara membuatnya:
Sotong kembang dipotong size sederhana..dicelir selama 30 saat dan toskan. (jgn tambah garam dlm air yg digunakan utk celor sotong.nanti sotong jadi liat) ketepikan.
Panaskan minyak dlm kuali anggaran 3/4 cawan.
Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
Masukkan bahan2 yg dikisar halus. Masak hingga terbit minyak dgn api yg kecil.. kacau selalu.
Masokkan sos cili dan sos tomato..kacau rata.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Kacau dan masokkan sotong. Gaul rata dan masak hingga pekat.
Akhir sekali tambahkan kacang tanah tumbuk, gaul rata dan masak hingga kering sedikit. Jika ok bolih matikan api. Bolih dihidangkan

Resepi sumber: DTS

ROTI GULUNG SADIN

Azizah’s Kitchen

Roti Gulung Saddin
sesuai utk sarapan, minum petang, berkelah dll
Bahan-Bahan

1 bungkus roti bun
4 biji telor
110 gm tepong beras disatukan dgn
100 gm air + 1 s/t garam
Secukup minyak buat goring

  • Pukul telor dgn garpu..kemudian satukan dgn bahan-bahan tepong digaul rata
  • Panaskan minyak..ambil segulung roti dicelopkan pada tepong yang digaul bancuh tadi dan digoreng hingga kuning dan garing..angkat dan toskan minyaknya

Bahan-bahan inti sadin:
1 tin sardine dibuang sedikit sosnya
1 biji bawang jepun dipotong dadu
2 biji bawang putih dicincang halus
3 s/m lada kering yg sudah kisar
½ s/t garam
½ biji air perahan lemon atau 1 biji limau kasturi
4 s/m minyak buat tumis
1 pokok daun ketumbar di hiris

  • Ikan sadin dibuang tulangnya lalu dihancurkan sedikit
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, lada kisar hingga wangi baunya
  • Masukkan bawang besar, ikan sadin, garam, air lemon..dikacau hingga rata dan masak..
  • Sapukan sedikit sadin diatas sekeping roti lalu digulung kemas..buat semuanya hingga habis baru digoreng

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.