Sunday, November 2, 2014

ROTI KUKUS

ROTI KUKUS
bahan-bahannya:
1 batang roti perancis {size besar}kalau size kecil 2 batang
1 biji telur
80 gm gula pasir
200 ml santan
1/4 sudu teh garam
150 ml air daun pandan [5-6 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air]
sedikit warna hijau

caranya:
*potong roti perancis menyerong anggaran 2 cm tebal.

*satukan gula dan telur dan pukul hingga gula larut.

*tuang  santan dan air pandan dan kacau hingga garam dan warna hijau sekata.

*celupkan roti satu persatu ke dlm adunan telur santan hingga adunan serap dalam roti

*aturkan roti didlm loyang atau mangkuk dan kukus selama 10-15 minit dan sajikan panas-panas.

CHAR KUEY TIAU


Kue Tiau Goreng
Sumber: Chef Wan
Cook: Azizah's kitchen

Bahan-nya:
3 such besar minyak sayuran
2 ulas bawang Putih dicincang halus
1 sudu besar chili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
200 gm udang dibersihkan
100 gm kerang direbus dlm air didih selama 1 minit dan ambil isi
400 gm kue tiau
55 gm kucai dipotong 1 inci panjang
100 gm taugeh dibuang ekor
1 keping tauhu digoreng dan dipotong kuib
4 sudu besar air




Penyediaan:
*panaskan minyan dlm kuali dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.

*masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.

*masukkan kicap pekat dan sos tiram. Gaul rata.

*masukkan udang, isi kerang dan kue tiau. Goreng lagi beberapa minit.

*masukkan kucai taugeh dan tahu. Percikkan air dan kacau lagi beberapa minit. Hidangkan


Saturday, November 1, 2014

IKAN KASTURI


IKAN KASTURI
Buku: 400 resepi terbaik Chef Wan
tried and tested: Azizah's kitchen

Bahan2 nya:
2 sudu mkn minyak masak.. di tambahkan utk menggoreng
1 ekor ikan bawal hitam seberat 500g dibersihkan dan digaul dgn sedikit serbuk kunyit
500 ml santan diperah daripada 1 biji kelapa parut dan dicampur 500ml air
2 batang serai diketuk
4 biji belimbing buluh dibelah 2
3 helai daun limau purut
4 biji limau kasturi diambil jus nya
gula secukup rasa


Bahan Pes Rempah:
6 biji bawang merah
8 biji lada merah dibuang biji
4 biji lada padi dibuang biji
1.5 inci kunyit hidup
1.5 halia
2 ulas bawang putih

Penyediaan:
*satukan dan kisar kesemua bahan pes hingga halus. Ketepikan
*Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan
*Panaskan 2 sudu makan minyak dlm kuali dan tumis bahan kisar segingga naik bau.
*masukkan santan kelapa, serai, belimbing buluh, daun limau purut dan jus limau kasturi. Perasa dgn gula.
*angkat dan hias dgn cita rasa sendiri bersama nasi.

Ayam Masak Merah


Ayam masak merah
Buku: 400 resepi terbaik Chef Wan
tried & tested: Azizah's Kitchen

bahan-bahan:
1 ekor ayam anggaran 1.5 kg dibersihkan dan potong 8
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam..dilebihkan lagi utk gaul dgm ayam
250 ml minyak masak
125 ml sos tomato
70 g kacang pea (tak tarok)
1 biji bawang besar dihiris
Gula secukup rasa
Bijan (tak letak)
Daun Pudina



Bahan Pes Rempah
3 sudu makan lada kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


*Satukan bahan pes rempah dan kisar hingga halus.
*Sapukan ayam dgn serbuk kunyit dan sedikit garam.
*Panaskan minyak dan goreng hingga perang keemasan. Angkat dan tuskan.
*Ambil 5 sudukan minyak tadi dan selebihnya buang. Tumis pes rempah hingga naik bau.
*Masukkan ayam dan sos tomato dam masak beberapa minit.
*Masukkan kacang pea dan bawang besar.Perisa dgn garam dan gula. Taburkan bijan dan daun pudina. Siap utk di Hidang

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.