Wednesday, November 18, 2020

CARROT CAKE aka LONTONG GORENG


Spicy Fried Carrot Cake. Kek Lobak Putih Goreng.

Bahan2nya
1 paket (carrot cake segera) tepung lobak putih (di potong dadu)
10 ekor udang segar di bersih dan di buangkan kepala nya
1/2 kuib knorr ayam/ikan billis
1/2 biji bawang besar di potong dadu kecil
1 ulas bawang putih, di cincang halus
2 sudu besar cili kisar
2 tangkai, daun bawang di hiris2
1 sudu besar chye poh/sengkuang jeruk (kalau ada)
1 sudu besar bawang merah goreng
2 biji telur yang di pukul dulu
Garam dan gula secukup rasa
 1sudu besar kicap pekat manis
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak, masukan bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga ia lembut, letakkan cili kisar, tumis hingga sebati. Tuangkan tepung lobak putih dan gaulkan rata2. Letakan garam dan gula sedikit bersama jeruk sengkuang. Kemudian letakan udang segar. Goreng udang supaya masak, tuangkan telur yang sudah di pukul kedalam kuali. Gaulkan rata2, biarkan telur nya masak bersama bahan2 lain. Sesudah itu letakan sedikit kicap pekat manis dan gualkan lagi. Tutupkan api dan taburkan dengan daun bawang dan bawang merah goreng. Sajikan panas2, Selamat mencuba.


Saturday, February 8, 2020

NASI LEMAK PANDAN

 Nasi Lemak Pandan 
@cutemamadelicacies
1 kg beras basmati di cuci dan ditoskan 
5 helai daun pandan  ditumbuk, ambil airnya dan di masukkan dlm santan 
1500 ml santan dari 2 biji kelapa putih parut 

(kalau menggunakan santan kotak kita perlukan 3 kotak: bolih dikurangkan) 
1 batang serai yg kecil 
2 cm halia 
2 biji bawang putih 
4 biji bawang merah 

garam secukup rasa

garam secukup rasa

Serai, halia, bawang putih, bawang kecil dititik, dipecah-pecahkan dan diramas. 
Satukan bahan-bahan diramas dengan santan dan garam kedalam periok nasi. Gaul rata dan masak hingga naik wapnya. Kemudian masukkan beras yang ditoskan. Kacau rata. Masuklah sehingga nasinya tanak.

Bahan sampingan utk menghidangkan:
3 batang timun dikupas kulitnya dan dipotong serong 
Sambal tumis utk nasi lemak 
1 kg ikan selar kuning digoreng 
1 kg kepak ayam digoreng
250 gm ikan bilis dan segenggam kacang tanah digoreng 
Beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau 
beberapa helai daun pisang
Cara menghidangkan: 
Alas pinggan dgn sehelai daun pisang. Ambil satu mangkuk nasi, letakkan ditengah- tengah pinggan. Aturkan dikelilingnya dengan sedikit sambal, seekor ikan goreng, sekeping ayam goreng,  ikan bilis, beberapa hirisan timun dan rempeyek atau keropok belinjau. Nasi ini cukup utk 10 orang. 
resepi dari: Buku Pesta Perut [hjh Zahara Sudi]

Thursday, February 28, 2019

Sambal Tumis


Sambal Tumis
Bolih di makan dgn Nasi Lemak,
Pelbagai kan tarok udang, telor, ikan bilis

Bahan bahan:
250 gram ikan bilis
1 kg minyak masak – guna separuh dan ditambah sedikit sedikit
160 gram cili kering – rebus dan kisar
1-2 keping gula Melaka
Gula secukupnya
2 keping asam keping – atau secukup rasa
Garam
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit aji no moto – jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland – hiris

Bahan kisar:
1 kg bawang merah
100 gram/15 ulas bawang putih – opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi. Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya ianya perisa dan sebati.

Boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih sebati dan lagi power. Masukkan daun pandan

Masukkan cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat.

Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga ianya benar benar masak.

Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi.

Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa.

Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa apa rasa yang kurang.

Nota:
Sambal dimasak semalaman lebih awal, lagi sedap.
Selepas diangkat, bolehlah disendukkan keluar minyak yang berlebihan dalam sambal.

Friday, January 4, 2019

Harem, Topkapi Turkey

Istana Topkapi dengan HAREM di Istanbul pastinya merupakan salah satu acara utama. Istana ini digunakan sebagai kediaman Sultan Uthmaniyyah antara abad ke-15 dan ke-19. Mereka berkongsi istana dengan keluarganya, hamba, gundik dan sida(eunuch) yang menjadi pengawal Harem. Topkapi sangat besar dan mengandungi 4 halaman utama dengan taman yang indah, dapur yang besar, masjid, hospital, banyak pavilion(astaka, balairung) dan Harem. Harem adalah bahagian yang paling Indah.
Jika anda ingin melawat Istana Topkapi, saya cadangkan pergi ke sana lebih awal. Sebaik sahaja anda masuk dan berjalan ke bahagian halaman Kedua, belok kiri ke Harem. Bangunan ini sangat mudah dikenali menerusi Menara Keadilan (Tower of Justic) Betul dibawahnya, anda akan dapati pintu masuk Harem.
Sebaik sahaja anda masuk ke dalam, anda akan melihat keindahan mozek, jubin berwarna warni. Semakin anda meneruskan berjalan masuk, semakin terpegun. Penggunaan warna, tingkap kaca berwarna, Ayat2 Al-Quran dalam marmar dan emas, ... semuanya sempurna.
Bilik yang paling mengagumkan ialah Chambers of the Crown Prince dan Imperial Hall. Di sini anda akan dapati Arasy Sultan. Tetapi juga ruang Privy Murad III, sungguh Indah. Ia juga mempunyai air pancutan.
Di luar harem banyak astaka (balairung) yang indah dapat ditemui, semuanya dengan tujuan mereka sendiri seperti bilik sunat, Astaka sofa, Dan bnyk lagi Astaka.
Bila berada di Turki, jangan lupa singgah ke Topkapi & Harem. Istana ini dibuka setiap hari, kecuali hari Selasa, dari jam 9 pagi - pukul 6.45 malam. Harga tiket murah (hanya 30 TL untuk kedua-dua istana dan Harem. Harga semasa Zah kesana pd April 2015).

**HAREM: kawasan bilik2 khas utk isteri-isteri, gundik raja, keluarga Dan sida(eunuch) pengawal Harem, Lelaki tidak dibenarkan masuk kecuali yg bolih dipercayai dan yang sudah di MANDULKAN, biasa ya betkhidmat di istana bahagian kediaman wanita.



Topkapi Palace with HAREM in Istanbul is definitely one of the main events. The palace is used as the residence of the Ottoman Sultan between the 15th and 19th centuries. They share the palace with their families, wives, servants, mistresses and eunuchs who are guards of Harem. Topkapi is very large and contains 4 main courtyards with beautiful gardens, large kitchens, mosques, hospitals, lots of pavilions and harem. Harem is the most beautiful part.
If you want to visit Topkapi Palace, I recommend going there early. Once you enter and walk to Second section, turn left into Harem. The building is very easily recognizable through the Tower of Justice, just below it, you will find the entrance of Harem.
Once you get inside you will see the beauty of mosaics, colorful tiles. The more you continue to walk in, the more stunned. The use of colors, stained glass windows, Quranic verses in marble and gold, ... are all perfect.
The most impressive rooms are Chambers of the Crown Prince and Imperial Hall. Here you will find the Sultan's Throne, also Privy Murad III room, really Beautiful. It also has a fountain.
Outside the harem many lovely pavilions can be found, all for their own purposes such as circumcision room, sofa pavilions , And more. .
When in Turkey, do not forget to stop over to Topkapi & Harem. The palace is open daily, except Tuesday, from 9am - 6.45pm. Cheap ticket prices (only 30 TL for both palaces and Harem. The current price when I visited in April 2015).

** HAREM: Special room area for wives, king's concubines, family and eunuch (Harem guards), Men are not allowed except those who are trusted and who are in the , sterlize, usually serving in the palace of the women's residence.

Wednesday, November 14, 2018

BEEF STEAK with BLACK PEPPER SAUCE


Beef Steak With BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah

Bahan - bahan :

40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor (Tak tarok sbb tak de stock)
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu (saya guna whip cream, itu yg ada dlm fridge)

Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

1.Mula-mula kita panaskan mentega
2. tambahkan sedikit minyak olive oil
3.Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
4.Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
6.Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
7.Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
8.Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
9.Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata.

*utk Daging, setelah cuci, saya toskan, kemudian lap dgn kitchen towel, baru bubuh sedikit garam dan lada putih. Grill dgn sedikit butter.


Beef Steak With BLACK PEPPER SAUCE
 Recipe: Chef Amer Hamzah

 Ingredients:

 40 gm butter
 2 cloves of garlic
 3 cloves of garlic
 5 gm of Holland onion
 10 gm carrot
 10 gm Celerry
 1 piece Bay Leaf
 1 gm Thyme
 1 gm Oregano
 1 gm Parsley
 15 gm of black pepper
20 gm brown stock powder 
 20 gm of flour
 600 ml of water
 15 gm sugar
 5 gm of salt
 5 gm of seasoning powder to taste
 25 ml of milk cream (I use whip cream, it's in the fridge)

 Garlic, onion, Holland onions are finely ground
 Carrots and celery too
 Black pepper is crushed or coarsely ground
 These ingredients are ground without water

 1. First we heat the butter
 2. Add a little olive oil
 3. Fry the garlic, shallots and Holland onions until golden brown 
 4. Then add the carrots and celery and cook again until fragrant 
 After that we add the bay leaves and herbs 
 6. Add flour and brown stock powder and stir until thick and black paste
 7. Put in black pepper and stir over low heat until fragrant
 8. Add water and seasoning, boiling slowly while stirring until the sauce is slightly thick
 9. Finally add the cream and stir well.

 * for Meat, after washing, I pull it out, then wipe it with a kitchen towel, then add some salt and white pepper. Grill with some butter.

Tuesday, August 7, 2018

SAMBAL BELADO


SAMBAL BELADO

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 keping ikan Dory
3 camca besar pati santan
1 biji bawang besar, dipotong bulat

Kisar halus:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili hijau
8 - 10 biji cili padi
Segenggam ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan
1 cm belacan

1 keping asam gelugor (bolih ganti dgn jus dari 3 biji limau kasturi)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masukkan asam gelugor (kalau guna). Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (jika guna), gaul rata dan angkat. Hidangkan panas...



Wednesday, July 25, 2018

AYAM BLACK PEPPER


Ayam Black Pepper

bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan jika suka digoreng 1/2 masak)
2 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
2 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
2 sudu makan cili kisar/cili giling
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
bahan-bahan kisar :
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 batang serai
Kentang, Carrot.. optional

Cara-cara :
Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.
Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata.
Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.
Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!


Tuesday, July 3, 2018

Gado-Gado (AzizahSulaimanKitchen)


Gado-Gado
Resepi by zyzasulaimankitchen

650g kacang tanah digoreng tanpa minyak di buang kulit dikisar separuh kasar Dan separuh halus
12 mata asam jawa diramas dengan 3/4 cawan air
110 gm gula melaka
12 sudu makanan membumbung gula pasir
3 setengah cawan air
1 setengah cawan santan
Garam
Daun limau purut

Bahan Kisar:
40 btg lada kering
20-25 biji bawang merah
8 biji bawang putih
2.5 cm lengkuas
3-4 batang serai
3 cm cekor
50 gm Udang kering
5-6 Cili Padi (optional)
2.5 cm kunyit hidup

Panaskan Minyak, Tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga wangi dan garing.
Bila terbit minyak masukkan kacang, air, gula melaka, santan, bila mendidih, masukkan air asam.
Kacau rata, masak atas api sederhana, biar kush pekat sedikit.
Perasa dgn garam Dan sedikit gula.



Friday, September 22, 2017

Peria Goreng Telor

Resepi Peria Goreng Telur

Bahan

- 1 mangkuk peria
- 3 ulas bawang putih*
- sedikit lada kisar
- 1 sudu besar udang kering*
- 1 biji telur
- 1 sudu teh sos tiram
- 1biji bawang besar*
garam secukup rasa
- 1 bawang besar di hiris
Lobak optional


Cara



  1. Tumbuk kasar bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Goreng hingga garing.
  4. Kemudiaan, masukkan peria, dan sos tiram, gaul sebati.
  5. Pecahkan telur ditengah kuali, biarkan sekejap dan kemudian baru digaulkan dgn peria.
  6. Perisakan dgn garam jika perlu.
  7. Tutup api bila peria lembut dan masak sempurna.

Saturday, August 12, 2017

Ketam Black Pepper



BLACK PEPPER CRAB
Cutemama delicacies Kitchen
azizahsulaiman

2 kg Ketam yg besar di bersihkan, goreng minyak tenggelam selama 3-4 minit hingga ketam merah, angkat dan toskan minyak.

Bahan A:
3 sudu makan mentega/ marjerin
Sedikit minyak masak

Bahan B:
2 biji bawang besar-potong dadu
7 biji bawang putih di cincang halus

Bahan C:
3 sudu mkn lada hitam biji ditumbuk kasar Dan disangar
1 sudu makan lada putih biji ditumbuk kasar di sangar
6 biji lada padi dipotong bulat
3/4 cawan daun Kari

Bahan D:
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap cair
Sedikit air dlm 2 cawan
Gula secukup rasa

Bahan E: dibancuh
2 sudu makan tepong jagung + 1/2 cawan air

Panaskan didalam kuali bahan A.
Tumis bahan B hingga naik bau.
Masukkan bahan C, gaul rata.
Tuangkan bahan D, kacau rata tabur sedikit gula.
Masukkan ketam, gaul dan balik-balikkan supaya rempahnya rata dan meresap. Kemudian tutup kuali.
Biarkan sehingga ketam masak dan berubah warna. Apabila kuahnya hampir pekat, Masukkan bahan E dan Kacau rata hingga kuahnya pekat. Matikan api dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi atau roti Perancis atau diratah begitu saja.

*Ketam bolih terus dimasukkan atau digoreng terlebih dulu.
Selamat mencoba.. Simple n Sedap

Wednesday, August 9, 2017

Mee Rebus

MEE REBUS
Ingredients:-
1/2 kg tetelan (beef with little fats) boil until soft and reserve the stock aside
for the gravy (Boil with 2000ml of water, reserve about 1000ml stock)
300 g medium prawns deshell, boil and use the stock to grind into paste

Grounded Ingredients to paste:-
8 to 10 nos. dried chillies or just used 2 tbsp full chili paste
8 nos.shallots
5 nos. garlics
2 inches galangal
1 cup dried udang geragau (Shrimp Acetes indicus)

1 cup taucho..rinsed, drained & mashed or blend
1 cup roasted grounded peanuts.. may also blend
2 nos. bruised lemongrass (serai)
5 tablespoon coriander powder (serbuk ketumbar)
1 1/2 cup sugar to taste (gula pasir)
1/2 cup brown sugar (gula merah) to taste
salt & seasoning to taste(2 chicken cubes)
(Garam Dan Perasa)
200 g sweet potatoes (deskined boiled and mashed)
1/2 cup sweet potato flour add water about 200ml for thickening
2000ml water and 1000ml stock so about 3000ml
1.5 kg yellow noodles(mee kuning)
Bean sprouts (Taugeh)

GARNISHING
10 nos. boiled eggs
2 pcs beancurd cut to cubes and fry
10 nos. lime cut into halves ( limau kasturi )
some shredded chinese parsley (daun soup) and spring onions (daun bawang)
fried shallots (bawang goreng)

METHODS
1. Heat oil, saute the grounded ingredients, add bruised lemon grass till fragrant.
2. Add in coriander powder and the 1000ml stock together with the boiled tetelan which has been cut to small pieces.
3. Leave to simmer and add in the 2000ml water, tauchoo, peanuts, salt, seasoning and sugar leave to simmer for a while and add in the prawn paste and the mashed sweet potatoes cook for about 20 minutes over medium heat and lastly add in the thickening until just right. Do not add in all just right not too thick or not too thin. Then cook over low heat to let it set..
4. For the sugar & salt please adjust to taste.
5. Boil water, dip in the noodles needed with taugeh, drain the water . Place into serving bowls. Pour in the gravy and garnish with garneshing ingredients. Can add some dark soya sauce for the garnish too. Mee Rebus garnishing can be bagedil, fried chicken, bones or etc...


Friday, August 4, 2017

MEE BAKSO


MEE BAKSO
sumber :rozzan
Tried and Tested: Azizah's Kitchen

Bahan-Bahan
1½ kg mee kuning (dicelur sebentar)

secukup sayur kobis (dihiris)
secukup sayur sawi (disiang & potong ikut suka)
secukup lobak merah (dihiris)
(Kesemua sayur dicelur sebentar)

Bahan Sup/Stok
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah }
4-5 ulas bawang putih }
2 cm halia }.....ditumbuk/kisar
1 ibu jari lengkuas (titik)
1 btg serai (titik)
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh lada putih
sedikit cengkih, pelaga dan kulit kayu manis
1 kotak kiub pati daging lembu
2 liter air
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis

500 gm bebola daging lembu

Cara:1) Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan bahan kisar, serai, lengkuas, cengkih, pelaga dan kayu manis. Tumis sehingga garing.

2) Masukkan air, kiub pati daging lembu dan juga bebola daging tadi. Kacau sebentar dan pastikan kiub tu larut. Kemudian bubuh lada hitam/putih & garam. Biarkan sehingga kuahnya mendidih. Matikan api.

Cara Menghidangkan Mee BaksoBubuh mee ke dalam sebuah mangkuk. Bubuh sedikit kobis, sawi & lobak merah. Kemudian tuangkan kuah/sup tadi dan susun bebola-bebola daging. Akhir sekali, taburkan bawang goreng ke atasnya. Mee ini enak dihidangkan dgn sambal cili padi.

Sambal Cili Padi (sukatan agak2 jer)
1 peket cili padi
3-4 ulas bawang putih
kicap manis
garam, gula, cuka (atau jus limau kasturi)

Lontong Sayur Lodeh


Lontong Sayur Lodeh
Sumber: Resepi terbaik Chef Wan

Bahan Rempah:
10 biji bawang merah kupas kulitnya (shallots)
2 batang serai diketuk (lemon grass)
1/2 inci lengkuas dikupas kulitnya
1/2 inci halia kupas kulit nya (ginger)
8 biji buah keras (candle nuts)
10 biji lada merah dibuang biji
1/2 inci halia dikupas kulitnya
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan belacan
4 biji bawang putih dikupas kulitnya
60 gm Udang kering di rendam dan tuskan

Bahan lain:
1 liter santan di perah daripada 1 biji kelapa parut
dan dicampurkan dengan 1 liter air
10 urat kacang panjang, potong 2 inci
3 keping tahu di potong dan di goreng
4 keping tempe, goreng dan dipotong
150 gm kobis, potong nipis
1 biji terung potong panjang 2 inci (optional)
1/2  biji sengkuang dikupas kulitnya dan dihiris
30 gm suun, celor dan tuskan
4 helai daun salam
2 helai daun limau purut
300 gm, bersihkan dan kupas kulit

Serunding daging dan minyak utk menumis.

Satukan Semua bahan rempah dan kisar halus.
Panaskan minyak dalam periok, dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan bahan lain kecuali Udang dan serunding.
Masak hingga sayur lembut.
Masukkan udang dan masak lagi 10 minit hingga Udang masak.
Hidangkan bersama serunding daging n telor rebus


Thursday, June 1, 2017

Murtabak kulit Popiah




Murtabak kulit popiah
Resepi: Tiffin Biru

BAHAN-BAHANNYA :-)

450 g daging lembu cincang
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar, didadu
1 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Kulit popia secukupnya
1 biji bawang besar, hiris nipis*
5 camca besar cuka makan*
3-4 camca teh gula*
Secubit garam*
2 camca besar cili sos*
Sedikit pewarna makanan merah*(*disatukan, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (nak sedap tambah 1 camca teh minyak sapi). Tumis bahan2 tumbuk, tomato puree, bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan rempah kari dan rempah kurma, gaul rata dan masukkan sedikit air, kacau rata dan masukkan daging. Tuang baki air dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, gaul rata dan masak hingga kering. Angkat dan sejukkan. Bagi kepada 3 bahagian sama banyak.
  2. Siapkan frying pan, tuang sedikit minyak dan ratakan. Ambil satu bahagian inti dan gaul bersama 1 biji telur hingga rata. Bentang 1 keping kulit popia, sudukan 1 1/2 camca teh inti dan lipat kulit popia tadi menjadi 4 persegi. Alih ke dalam frying pan tadi. Buat lagi dan ulang proses ini hingga siap.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dibalik2kan sekali sekala hingga kuning keemasa. Angkat dan hidangkan bersama bawang jeruk sebagai pembuka selera. Selamat mencuba untuk semua....

CRISPY CRAB STICK

Crispy Crab Stick




KEREPEK JEJARI KETAM
Resipi asal : Kak Jamayah Bujang


Bahannnya :
  • Sebungkus crabstick - dicarik2 halus @ kalau rajin jemurkan dulu
  • 1/2paket serbuk kari (adabi - khas utk ketam & udang) - pilihan
  • Serbuk lada sulah - ikut kepedasan yg dikehendaki
  • Minyak untuk menggoreng
  • Daun kari secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Carik2kan crabstick halus2.
  2. Gaulkan crabstick dengan sedikit serbuk kari dan lada sulah serta daun kari.
  3. Kalau rajin dan banyak masa terluang, boleh lah jemur dahulu.
  4. Goreng crabstick dalam minyak yang sederhana apinya sahingga kekuninggan.
  5. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara bila sejuk.

Opor Putih

Optional
 OPOR AYAM PUTIH
Sumber: Dari buku Olala..
Done by: cutemama delicacies kitchen

Bahan bahan
1 ekor Ayam dibuang kulit dan segala lemak dan dipotong 6
3 biji kentang dipotong 4

Bahan di kisar halus:
20 gm ketumbar biji
10 gm jintan manis
10 gm jintan putih
1/2 jari halia
4 biji buah keras
6 biji bawang merah

Bahan lain:
5 gm serbuk Lada putih
500 ml santan dari 1 biji kelapa parut putih
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut
1 keping asam
150 ml minyak utk menumis
Garam secukup rasa
1 cube Ayam (tambah)
Lada padi
Bawang  besar hiris bulat

Ayam dibakar sebentar hingga kering airnya ( saya goreng tanpa minyak utk matikan darah dan air Ayam kering ) angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis semua rempah kisar hingga garing.
Masokkan Lada putih, santan, dan bahan lain.
Apabila mendidih masukkan ayam dan kentang. Gaul rata.
Masokkan sedikit garam dan masak hingga Ayam dan kentang lembut dan kuahnya sedikit kering. Enak dimakan dgn nasi putih.

Tuesday, March 28, 2017

TOMYAM SARDINE

Sedap...

TomYamSardin ( cmg )
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (kurang lebih 4 ekor ikan)
2 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
3 helai daun lima purut
10 biji cili padi thai, belah dua setiap satu
2 biji jus limau kasturi, perah jusnya
1 kiub ikan bilis (optional)
1 pokok daun ketumbar (cuci dengan akarnya sekali)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Sos ikan secukup rasa
Secubit gula

BAHAN-BAHAN SAYURAN :-)
Sebesar penumbuk, bunga kobis, potong sekuntum2
3 biji cendawan butang segar, hiris
1 batang saderi, hiris sederhana tebal
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, potong ikut suka
10 tangkai sweet pea
1 biji bawang besar, belah 6
1 biji tomato, dadu besar2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi hingga harum. Masukkan pes tomyam, dan masak sekejap.Tuang air secukupnya (dalam 3 cawan). Kacau dan masukkan kiub ikan bilis, jika guna. Biar mendidih.
  2. Tambah lobak merah, saderi, bawang besar dan bunga kobis. Bila lembut sedikit, masukkan daun limau purut, pokok ketumbar dan juga ikan sardine. Tambah juga 3 camca besar sos sardine tadi. Kacau perlahan. Biar mendidih dengan api sederhana. Jika kurang kuah, boleh tambah air.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa (jika perlu), sedikit gula dan jus limau kasturi. Akhir sekali masukkan tomato, cendawan dan sweet pea. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..


Monday, November 7, 2016

BANTAL PELUK SALOMA

Resepi lama ini tak lapuk dizaman.. sangat sedap..

Bantal Peluk Saloma

Bahan A:
200 gm mentega lembut (soft butter)
100 gm gula halus/gula icing (castor sugar)

Bahan B:
1 sudu kecil esen vanilla (1 tsp vanilla essence)
1 biji telur dipukul sekejap (1 egg )

Bahan C: diayak bersama (sieve the flour)
300gm - 400gm tepong gandum (flour)
50gm tepong jagung (cornflour)

1 biji kuning telur (egg yolk for coated)
Korma dibelah 2 dan dibuang biji (dates.. cut halves..throw the seeds)

Pukul bahan A hingga sebati.
(Beat ingredient A.)

Masukkan bahan B lalu digaul rata.
(Add in ingredient B)

Masukkan 300gm tepong gandum, uli hingga sebati.. ( add 300gm flour.. knead well)
Tambah lebihan tepong sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang bolih di kepal. (Add in the balance flour mix well.. knead till well blend)

Canai nipis potong 1 inci memanjang. Dipotong 4 persegi memanjang ikut size yg di perlukan..
Bakar dlm ketuhar 150 darjah selsius selama 15-20 minit.


Monday, August 15, 2016

Ayam Kurma Istimewa

Sharing
Ayam Kurmak Istimewa

1 ekor ayam dipotong 8 dibersihkan digaul dgn garam dan serbuk kunyit lalu digoreng setengah masak.

Bahan A: kesemua ini dikisar dan digaul dengan rempah kurmak
7 cm halia
2 biji bawang besar
4 biji buak keras
10 ulas bawang putih
4 batang lada hijau 100 gm rempah kurma

Bahan B:
1 cawan minyak
3 tangkai daun kari
5 biji buah pelaga
1 biji bawang besar dihiris
1 batang kayu manis
5 biji cengkih

Bahan C:
4 biji tomato dibelah 4
3 biji bawang besar dibelah 4
1 cawan daun ketumbar
50 gm badam dikisar
3 batang lada hijau dibelah 2 memanjang
3 batang lada merah dibelah 2 memanjang
1 sudu makan lemon juice
Secukup air

*Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga kuning dan kekuningan, masukkan bahan A dan kacau rata.

*Tumis hingga rempah agak garing baru masukkan 500ml air dan bahan C. Kacau rata.

* Masak hingga mendidih lalu masukkan ayam dan masak lagi selama 5 minit.
**Jika suka bolih campur dengan kentang goreng potong wedge.

Wednesday, July 20, 2016

CHOCO FLAKES MERINGUE


Done in cutemama's kitchen.. simple to do yet very nice..

Ingredient: A (beat till white and fluffy)
125 gm egg white only
225 gm icing sugar
1 tsp vanilla essence

Ingredient: B
200 gm cornflakes
250 gm chocolate chips

Ingredient C:
Paper cups

Method: make sure all the utensil really dry.. Beat ingredient A till really white and fluffy. Add ingredient B.. blend well and put in paper cups. Bake in the oven for 30 minutes for 30 minutes (depend individue oven)

Monday, February 8, 2016

LAKSA LEMAK


Laksa Lemak
Tried: cutemamadelicacies

Bahan A: dikisar halus
20 tangkai lada kering digunting di cuci dan direndam
1 sudu besar belacan ( jika suka)
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Setengah cawan udang kering direndam
3-5 biji buah keras
3 sudu makan membumbung serbuk ketumbar

2 btg serai di titik

Bahan B:
500 gm udang hidup
750 ml air utk rebus udang
1 sendok lauk minyak utk menumis
1000 ml air utk kuah
1200 ml santan pekat 2 biji (santan kotak pun bolih.. 3 kotak) bolih tambah jika ingin lagi lemak.
Garam
2 sudu besar Gula

Bahan Sampingan:
1.5 kg mee laksa dicelor
500 gm taugeh
4 keping fish cake dihiris
Fish ball
Timun dihiris
Daun kesum dipetik dicuci dan dihiris
Telor ayam/ telor burung direbus
Tauhu pok

Rebuskan udang dgn 3 cawan air.  Kacau hingga udang bertukar warna kemerahan. Toskan dan sejukkan baru kopek kulit dan buang kepala.
Air rebusan di ketepikan utk buat kuah.

Panaskan periok.. tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masokkan air sedikit demi sedikit pd tumisan agar tidak hangus. Bila garing..masukkan air rebusan udang dan 4 cawan air paip berserta santan pekat.. Kacau slalu kuahnya agar tidak pecah minyak. Masukkan tahu pok, garam dan gula. Kecilkan api dan masak hingga tahu pok lembut.

Utk sambal:
Setengah cawan lada kisar
15-20 cili padi dikisar
Sedikit belacan
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan masak diatas api hingga pekat.

Cara hidang:
Bubuh secukup mee laksa dlm mangkuk, hias dgn udsng, telor rebus,  hirisan fish cake, taugeh, hirisan timun dan daun kesum. Tuangkan kuah secukupnya dan bubuh sambal.


TOMATO CHILLI PRAWN


Tomato Chilli Prawn
Done by: azizah@cutemamadelicacies

500 gm Prawn.. lightly fry with salt & tumeric powder, drain and put aside

Ingredient A: slice
2 big Onion
4 garlic
1.5 cm ginger

Other Ingredient:
3 tablespoon tomato sauce
2 tsblespoon chilli sauce
2 tablespoon mustard seed
2 stalk of curry leaves
Sugar & salt to taste

1 medium fresh tomato.. slice.

Heatup oil in a pan and saute ingredient A, curry leaves, mustard seed about 5 minutes till fragrant.

Add in chilli paste and stir for awhile till fragrant.
Add tomato sauce, chilli sauce, prawn, salt & sugar.
Lastly add in fresh tomato and off fire.
If prefer to have some gravy, you may add little water after the chilli paste fragrant.

Monday, November 30, 2015

Mee Goreng Campur


Mee Goreng Campur
Bahan2 nya..
1 bungkus mee hoon direndam hingga lembut lalu di toskan
Bolih jugak di campur  separuh mee hoon dan separuh mee kuning atau kue tiau
1 biji bawang besar .. hiris
Udang / Sotong
Carrot dipotong mancis
Kobis atau sawi
3 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu besar kicap lemak manis
Garam, gula, serbuk perasa jika suka
Minyak utk tumis

Bahan utk kisar..
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100 gm ikan bilis yg telah di rendam kembang dan di cuci

Bahan hiasan..
Bawang goreng
Daun sup/ daun bawang
Lada merah
Limau kasturi


Panaskan minyak dan tumis bawang hiris.
Masukkan bahan kisar..kacau rata hingga naik bau.
Masukkan lada kisar.. tumis hingga garing dengan api yg sederhana kecilnya.
Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam.. biar hingga terbit minyak.
Masukkan lobak merah dan sedikit air utk melembutkkan lobak.. bila da lembut sikit masukkan sotong/ udang .
Jika sotong, masak sekejap aje dan masukkan mee.
Bila rata dan meenya lembut.. masukkan sayuran. Gaul rata, rasa dan hias semasa menghidangkan.


Sunday, November 29, 2015

SAMBAL ULEQ TOMATO



SAMBAL ULEQ TOMATO
Bahan-bahan
8 biji cili merah (8 red chilli)
4 biji cili hijau (4 green chilli)
10 biji cili padi merah (10 bird eye red chilli)
2 sudu besar belacan-bakar sebentar (2 tbsp shrimp cake)
4 biji tomato buah (4 tomato)
6 biji limau kasturi (6 small lime)
sedikit garam dan gula (sugar & salt)

Cara-cara
Cili merah dan cili hijau dipotong pendek.
Tomato dihiris dan limau dibelah dua, ketepikan dulu.
Masukkan semua cili dan belacan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Masukkan tomato yg di hiris, sedikit garam dan gula.
Lenyekkan tomato tu sedikit dan gaul sebati.
Perahkan jus limau kasturi dan boleh lah di hidangkan.
Hidangkan bersama ulam2an dan lauk kegemaran.

Method:
Cut red & green chilli.
Slice tomato.. cut halves the limes..
Put all the above ingredients in mortar or blender..
Add slice tomato, belacan and grind.
Add in tomato, salt and sugar.. squeeze limes and serve..

CORNFLAKES HONEY



Bahan A:
125 gm butter
Setengah cawan brown sugar (half cup)
1 cawan  madu (1 cup honey)

Bahan B:
1 kotak( box) 500gm Nestle Cornflakes
1 cawan kismis (optional) 1 cup raisin
1 cawan badam/ gajus di panggang (1 cup almond/ cashew.. roast)

Hiasan: (decoration)
Paper cup
Ceri merah/hijau ( red & green cherry)
Manik2

Panaskan A hingga butter cair.
Setelah butter cair.. tutup api.
Masukkan B dan digaul rata.
Sudukan dlm paper cup dan hiaskan.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan dulu selama 8 hingga 10 dgn suhu 170c
Sejukkan dan tutup dlm kedap udara.

Method:
Heat A on stove till butter mrlt.
Off the fire.
Add in B and mix well.
Put the mix cornflakes in papercup and decorate.
Pre heat oven and bake the cornflakes with 170c for 8 to 10 minutes.
Cool it b4 put in air tight bottle.



Saturday, October 31, 2015

BADAMI QORMA ( SUP PAKISTAN)

BADAMI QORMA

Badami Qorma (Pakistan Soup)
Resepi asal dari Chef Joha..

500 gm isi daging kambing
500 gm rusuk kambing
Diperap bersama bahan2 A selama 2 jam.

Bahan A:
3 sudu makan tairu/yoghurt
1 sudu besar halia kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
Setengah sudu teh thyme
1 sudu besar gula pasir
Suku sudu teh buah pala
1 sudu besar serbuk garam masalah
3 sudu besar bawang goreng
Garam


Bahan B:
1 kg tulang kambing.. direbos hingga masak bersama halia, jintan manis biji, buah pelaga, dan sedikit garam

Bahan C:
4 biji kentang dipotong ikut suka
Setengah cawan minyak masak
Setengah buku mentega
Setengah cawan badam dikisar
2 cawan air rebusan daging
2 biji lobak merah dipotong serong
Setengah tin kacang peas hijau..optional
3 tangkai daun ketumbar dihiris
2 biji buah tomato dihiris
Garam
Daun sup
Bawang goreng
Badan hiris utk hiasan


Panaskan minyak dan cairkan mentega.
Masukkan A..daging yg diperap tadi.
Tuangkan air stok daging. Masak dlm 10 minit.
Masukkan kentang dan lobak. Masak hingga empok.
Masukkan tomato dan tulang daging. Renihkan dgn api perlahan.
Sajikan panas2 bersama badam hiris, bawang gorrng dan daun bawang.
**bolih di makan bersama kicap manis dan hirisan lada..diperahkan limau kasturi utk cicah daging.
** makan bersama nasi, roti nan atau roti perancis.


Thursday, October 29, 2015

AYAM PAPRIK ALA THAI


Ayam Paprik ala Thai
Source: azizahkitchen @cutemamadelicacies

1 kg isi ayam dihiris nipis ( 1 kg chicken fillet- slice )
4 biji bawang putih dihiris (4 garlic.. slice)
4 biji bawang merah dihiris ( 4 shallots.. slice)
1 inci halia dihiris halus (1" ginger.. slice finely)
1 biji bawang besar dihiris memanjang (1 big onion.. slice)
1 btg lada merah dan 1 btg lada hijau dihiris (1 red chilli and 1 green chilli slice as shown in photo)
6-8 biji lada padi diketuk (6 to 8 bird eye chili)
4 helai daun limau purut (4 kaffir leave)
4 sudu makan lada kisar (4 tbsp chilli paste)
4- 5 smkn chilli sos ( 4 to 5 tbsp chilli sauce)
4-5 smkn tomato sos ( 4 to 5 tbsp tomato sauce)
2 sudu makan sos tiram ( 2 tbsp oyster sauce)
Sedikit kicap manis ( sweet black sauce 1 to 2 tbsp)
1 cube ayam (1 chicken cube)
1 cawan air ( 1 cup of plain water)

 Sayuran ( Vegetable)
Bunga kobis.. potong kecil ( cauliflower.. cut)
4 biji jagung putik ( small corn)
Lobak merah ( carrot)
Kacang Panjang / boncis ( long beans/ french beans)
** Sayuran  terpulang masing ( choice of vege up to you)

Panaskan minyak.. Goreng ayam hingga menjadi keputihan.. angkat, toskan dan ketepikan.
(Heat oil in wok, fry chicken till turns white,  move from the wok, drain and put aside)

Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.. (Remove the excess oil from the wok.. left some to  saute shallot, garlic and ginger till nice smell)

Masukkan lada kisar dan tumis hingga pecah minyak (add in chilli paste and saute till the oil separate from the paste)

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul rata (add in chilli sauce, tomato sauce, oyster sauce, black sauce, chicken fillet that had been fried earlier.. mix well)

Masukkan air, serai, daun limau purut.. di biarkan mereneh sebentar.. kacau rata masukkan bawang besar dan sayuran dan rasa masukkan sedikit lagi air jika pekat. ( add water, lemon grass, kaffir leaves and let it simmer for a while and add onion and other vege.. add seasoning..(optional) to taste add a little water if the gravy is thick.) Happy eating