Showing posts with label CUCUR / JEMPUT JEMPUT. Show all posts
Showing posts with label CUCUR / JEMPUT JEMPUT. Show all posts

Thursday, June 1, 2017

CRISPY CRAB STICK

Crispy Crab Stick




KEREPEK JEJARI KETAM
Resipi asal : Kak Jamayah Bujang


Bahannnya :
  • Sebungkus crabstick - dicarik2 halus @ kalau rajin jemurkan dulu
  • 1/2paket serbuk kari (adabi - khas utk ketam & udang) - pilihan
  • Serbuk lada sulah - ikut kepedasan yg dikehendaki
  • Minyak untuk menggoreng
  • Daun kari secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Carik2kan crabstick halus2.
  2. Gaulkan crabstick dengan sedikit serbuk kari dan lada sulah serta daun kari.
  3. Kalau rajin dan banyak masa terluang, boleh lah jemur dahulu.
  4. Goreng crabstick dalam minyak yang sederhana apinya sahingga kekuninggan.
  5. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara bila sejuk.

Thursday, April 17, 2014

CUCUR / BAKWAN JAGUNG



CUCUR / BAKWAN JAGUNG


BAKWAN JAGUNG
Resepi dari fb: Ana Hazwani
dari dapur : cutemamadelicacies
Bahan-bahan:
• 3 ½ cawan tepong gandum*
• 1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
• 2 cawan Jagung
• 1 cawan isi udang
• 3 cawan air sejuk
• 1sdb maggie cukup rasa(pati bilis pn bole)
• 1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
• ½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris
• 1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
• 1bji cili merah didadu
• ½ sudu kecil kunyit serbuk
• 1 biji telur
• Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:
✔Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
✔Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
✔Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
✔Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.(anna wat ngn sudu bg kecik2)
✔Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
✔Bila dah garing, angkat & toskan.
✔Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.

Sunday, March 16, 2014

Jemput Jemput Nasi Udang Geragau

JEMPUT JEMPUT NASI


 
Sumber: yati
Test & try: cutemamadelica
2 cawan nasi putih
2 awan air 
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis..saya gunakan udang geragau
2 1/2 cawan tepong gandum
1 biji lada besar dihiris nipis jika suka
Daun sup/ daun bawang dihiris halus
sedikit garam
minyak utk mengoreng

Cara membuatkannya:
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar dikisar sebati.

Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati

Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.

Gunakan tangan utk men..jemput cucur ini utk mendapatkanbentuk bebola.. pastikan jari dibasahkan sedikit dgn air supaya mudah. Selamat Mencoba