Mee Sua Goreng
Resepi: Zaleha Osman
Buku: Mintak Ampun Sedapnya
Oleh: azizah@cutemamadelicacies
Bahan:
350 gm mee sua
2 biji telor
3 biji bawang putih dicincang
100 gm taugeh
200 gm udang hidup
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan light soya sos
1/2 sudu teh lada putih
1 sudu makan minyak bijan
Bahan hiris:
2 biji bawang besar
3 biji lada merah
200 gm kobis panjang
25 gm lobak
25 gm daun bawang
Bersihkan udang, buang kulitnya dan tinggalkan ekornya saja. Goreng udang dgn sedikit minyak sampai masak. Angkat, minyaknya utk menumis.
Mee sua di gorengsebentar dgn minyak yg banyak sehingga garing sedikit.
Keluarkan dari kuali dan celorkan.dgn.air.panas.
Panaskan minyak bekas goreng udang didalam kuali.
Tumis bawang putih cincang sebentar.
Masukkan telor dan kacau kacau. Masukkan hirisan sayur dan kacau hingga rata.
Masukkan mee sua, sos tiram, light soy sos, minyak bijan, lada putih dan udang. Balik balikkan hingga rata dan masak. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan hias ditepinya dgn hirisan lettuce jika suka
Mee sua, kalau digoreng begini, memang sedap.
ReplyDeleteBetul tu.. tak mudah putus2 macam mi hoon. Banyak kacau mi hoon nya hancur.
ReplyDeleteresepi baru ni. menariknya. tq azizah .... nanti hanim cuba yer ...
ReplyDeleteTerima kasih Hanim kerana sudi singgah didapur kzah. Cubalah, memang sedap
ReplyDeleteKakZah kalau mee suah tu kita celur jer terus x di goreng dulu x pe ke ?
ReplyDeleteAssalamualaikum 🌹
ReplyDeleteResepi cara memasak mee suah goreng ni sgt jelas.Terima kasih nanti saya nak cuba 😁