Friday, November 25, 2011

AYAM MASAK PALEMBANG

Resepi dibagi dlm sukatan sendok nasi.. kzah ubah sedikit kerana tk tau sendok nasi yg mcm mane yg digunakan. Memang terasa kelainan masakan ini, nk katakan masak kicap..ia menggunakan daun kari, nk kata mcm ayam masak asam pedas.. warnanya eemm... cobalah sendiri. Ayam masak palembang dgn rasanya tersendiri...

resepi : cutevirus8 http://www.myresipi.com/top/detail/1000

 azizah@cutemamadelicacies

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 4 senduk nasi bawang besar (kisar)... kzah gunakan 1 biji dikisar
  • 2 senduk nasi bawang putih (kisar)... kzah gunakan 4 biji dikisar
  • 2 senduk nasi cili kering (kisar)... kzah gunakan 25 tangkai dikisar
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1/2 kilo santan... (kzah gunakan 200 ml santan kotak + 300 ml air)
  • 5 batang serai (dititik)
  • 6 tangkai daun kari
  • kicap (kalo boleh kicap manis)
  • 1 ekor ayam 

Cara-cara

Perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. biarkan garing dan naik bau
Masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.
Masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat)
Masak sampai empuk dan angkat

** utk lomor pada ayam.. kzah gunakan 4 biji bawang putih dan 2 inci halia yg ditumbuk dan diperap pada ayam.

No comments:

Post a Comment