Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

TART NENAS 1


TART NENAS yg digemari ramai
tried and tested in Aziza's Kitchen
resepi asal dari sini
Bahan-bahan utama:
 200 gm mentega (mina guna yang masin),
 1 sudu besar minyak sapi,
 2 biji kuning telur,
 3 sudu besar gula ising, 
4 sudu besar tepung jagung,
 3 cawan tepung gandum dan jem nenas.

Langkah pertama: Masukkan mentega, minyak sapi dan gula ising. Pukul guna senduk hingga sebati. Tidak perlu lama-lama. Asalkan gula sudah sebati dan cair bersama mentega dan minyak sapi sudah memadai. masukkan kuning telur. Pukul lagi.

Langkah kedua: Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Uli menggunakan tangan hingga menjadi doh yang sempurna. Jika doh masih lembik, tambah sedikit tepung lagi tetapi jika doh sudah elok cantik, tidak payah habiskan baki tepung tersebut. Doh yang sempurna adalah doh yang sebati dan tidak melekat di tangan. 



Langkah ketiga: Sediakan plastik pengalas, penggelek doh dan penerap. Bahagikan doh pada beberapa bahagian. Ambil bahagian pertama dan mula canai. Bahagian doh yang lain hendaklah ditutup dengan kain supaya doh itu tidak kering. Canai dengan ketebalan sederhana. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. Yang sedang-sedang sahaja sudah memadai. Jika hendak lagi faham, sila rujuk pada gambarajah yang telah Mina sediakan ini.

Langkah keempat: Setelah terap cengkerangnya, sumbatkan pula jem nenas ke dalam lubang yang tersedia. Pastikan jem nenas itu telah anda bulatkan atau gentel terlebih dahulu. Jangan malas-malas tau, nanti Biskut Tart Nenas anda jadi bersememeh dan tidak cantik.

Langkah kelima: Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah Celcius selama 25 minit atau sehingga masak. Mina hanya menggunakan api bawah sahaja.

Walaupun membuat biskut ini kerjanya sangat rumit dan leceh, namun untuk mendapat kepuasan yang maksima ketika makan nanti, 

Thursday, July 26, 2012

GORENG PISANG


Goreng Pisang 
azizah@cutemamadelicacies
Kebanyakkan kuih muih bergoreng spt pisang, keladi dan keledek goreng amat mudah dihasilkan dirumah. Bahan utama utk sebarang kuih bergoreng tentulah baternya. Perkara yg paling penting adalah kepanasan minyak apabila menggoreng. Jika minyak tidak cukup panas, minyaknya meresap kedlm tepong. Hasilnya bahan gorengan tidak rangup dan terlalu berminyak. Pastikan pisang yg hendak digoreng itu cukup masak. Elakkan menggunakan pisang yg terlalu ranum kerana ia mengeluarkan air apabila digoreng dan air ini menyebabkan gorengan 'makan minyak'.
Ayuh salin Resepi bater utk menghasilkan gorengan yg sempurna yg kzah ambil dari Berita Minggu oleh Puan Alijah Batcha. 



Bahan: 
2 cawan tepung beras 
1 cawan tepung gandum 
5 sudu besar santan kotak 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1 biji telor saiz kecil 
air dan garam secukupnya 
2 sudu besar minyak atau marjerin cair yg dibiarkan sejuk terlebih dulu. 
sedioit pewarna kuning 
minyak secukupnya utk menggoreng
Satukan semua bahan dlm mangkuk besar kecuali air dan minyak.
Tambah air secukupnya.
Masukkan 2 sudu makan minyak dan kacau rata.
Celop pisang yg sudah di potong dan goreng berendam hingga kuning keemasan.
*bater ini bolih digunakan utk menggoreng ubi, keledek, sukun dll.
Selamat mencoba!!!

Sunday, February 26, 2012

APAM ANIKA RASA

 Azizah's Kitchen

Apam Anika Rasa
Bahan A:
2 biji telor ayam
250 gm gula
1 sudu teh ovelette
1 sudu teh baking powder 
Bahan B:
320 gm tepong gandum
2 sudu makan susu manis
200 gm air paip sejuk
Bahan C:
1 sudu mkn chocolate emulco + sedikit warna chocolate
1 sudu makan perasa strawberry + sedikit warna merah ceri 

Warna plain kzah bubuh sedikit fruit essence (optional)


Bahan A di satukan dan dipukul dgn mesin kuih hingga sebati.
Masukkan B kedlm A yg pekat tadi. Perlahan bergilir-gilir masukkan tepung, susu dan air hingga habis.
Adunan dibahagi kpd 3. Bahagian 1 di bubuh chocolate emulco + warna cokelat. Bahagian 2 di bubuh perasa strawberry + warna merah ceri. Warna plain dibubur fruit essence. (optional)
Panaskan kukusan.. Masukkan paper cup dlm mangkuk apam yg kecil. Letakkan sedikit adunan dlm mangkuk, masukkan sedikit inti kelapa ditengahnya dan bubuh 3 warna diatasnya dlm 1 mangkuk dan kukus hingga masak (15 minit )
Bolih juga dimakan bersama kelapa parut putih yg di kukus dan dibubuh sedikit garam jika tidak bubuh inti dlm apam.

Bahan Inti:
240 gm kelapa parut putih
120 gm gula melaka
30 gm gula pasir
60 ml air
1smkn tepong jagung
2 helai daun pandan
Semua bahan inti kecuali kelapa dimasak hingg mendidih dgn api yg kecil. Bila mendidih baru masukkan kelapa. Kacau rata. Masak dgn api yg sederhana hingga kering.

Saturday, January 21, 2012

KASWI NYONYA



Kaswi Nyony, sedap, lembut, kenyal itu yang dpt kzah katakan. Bagi kzah kuih ini manis sedikit, mugkin. Bagi sesiapa yg suka manis, bolih lah ikut sukatan gula yg diberikan diresepi ini. Resepi dari kfida@myresep.

KASWI NYONYA

azizah@cutemamadelicacies
Bahan A:
250 gm gula pasir
250 gm gula melaka
600 gm santan cair
1 sudu teh garam
2-4 daun pandan disimpul
*Semua bahan A didatukan dan dimasak hingga mendidih dan sejukkan.

Bahan B:
140 gm tepong beras
140 gm tepong ubi (tapioca flour)
55 gm tepong jagung
600 gm santan pekat
1 sudu teh air kapur pekat
1 sudu besar warna coklat
*Bahan B disatukan dlm sebuah mangkuk

-bahan A & B disatukan dan digaul rata dan di tapis.
-masak adunan hingga naik wap
- tuang adunan ke dlm loyang yg disapu minyak dan dipanaskan didlm kukusan.
-kukus selama 30-40 minit.
- sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.
Perhatian:
#2 biji kelapa diperah ambil 600 gm santan pekat dan 600 gm santan cair. *kzah gunakan 2 kotak santan kara.
Loyang 11" x 11"

Saturday, December 3, 2011

PAN CAKE

 PAN CAKE

resepi: alongroz@myresepi.com 

azizah@cutamamadelicacies

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115 gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25 gm Butter
  • 1 biji Telur
  • 150 ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam 

Cara-cara 


  1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar
  2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...
  3. Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.
  4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. kzah guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake kzah sama besar.
  5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.

Monday, November 14, 2011

JEMPUT JEMPUT ROTI


JEMPUT-JEMPUT ROTI
Resepi: Chef Aini Salim
Done by: azizah@cutemamadelicacies
1 bantal roti perancis yang besar-hiris dipotong dadu
400 gm tepong gandum + 1.5 steh baking powder
400 ml air
2 batang lada merah dihis dadu
2 batang lada hijau dihiris dadu
2 biji bawang besar dipotong dadu
6 biji telor ayam
400 gm daging kisar digoreng terlebih dulu
100 gm udang kering direndam hingga kembang dan ditumbuk
daun sop / daun bawang
garam, perasa
Minyak utk menggoreng


Pukul telor hingga kembang.
Masukkan air, roti, garam dan perasa.
Gaul dalam 2 minit dan masukkan bahan2 lain
Perap dalam fridge selama 1 jam baru digoreng
Enak dimakan bersama sos kegemaran atau ingin coba buat sos sendiri..
clik disini


Sunday, October 30, 2011

Bahulu Soda Pandan Wangi ( Sprite / Soda Pandan Blossom)

Recipe in English and Malay

kuih ini sedap, lembut, cantik kembangnya. Sebaik2nya gunakan acuan lompang kerana ia akan menolak kuihnya kembang keatas. Jika gunakan acuan tart yg kecil, kembangnya tidak secantik acuan lompang. Diresepi kfida ada mengatakan gunakan acuan lompang alluminium, Kzah gunakan acuan lompang kaca..kembangnya amat memuaskan. Terima kasih kfida@myresepi.
Sprite Pandan Blossom (Bahulu soda/sprite pandan wangi)
Resepi : kfida@myresepi
Za dapat anggaran 90 biji paper cup size  kecil

250 gm tepong gandum diayak
200 gm gula halus
2 sudu kecil ovelette
200 ml air ice cream soda / sprite
2 biji telor
1/2 sudu kecil esen pandan
1/2 sudu kecil garam
Sedikit warna hijau
Secukup paper cup 

Panaskan kukusan. Acuan lompang (alluminium atau kaca.) di isi paper cup dan diketepikan.
Satukan semua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer.
Pukul hingga sebati dan kembang selama 6-7 minit. 10 minit jika hand mixer.
Ambil suku bahagian adunan diwarnakan hijau.
Bubuh adunan putih 3/4 penuh kedalam acuan beralas paper cup. Tindihkan sedikit warna hijau diatasnya.  Kukus10-12 minit (acuan kecil) 15 minit (acuan besar) hingga mekar dan bolih dihidangkan.
**dalam mangkok muffin size S lebih cantik mekarnya.

Sprite Pandan Blossom (Bahulu soda / sprite fragrant pandan)
Recipe: kfida @ myresepi

done by: azizah @ cutemamadelicacies
estimated 90 pieces of small paper cup size

250 gm of  flour sifted
200 gm of sugar
2 teaspoons ovelette
200 ml of ice-cream soda water / sprite
2 egg
1 / 2 tsp pandan essence
1 / 2 teaspoon salt
green colouring
Enough paper cup

Heat a steamer. (Aluminum or glass mould.. see photo.) put Paper cup in the mould and put aside
Combine all ingredients except food coloring in a mixing bowl.
Beat until smooth and fluffy for 6-7 minutes. 10 minutes if using hand mixer.
Take a quarter of the mixture are colored green.
Put the white dough 3 / 4 full into the bottom of paper cup in the mould. Put the green color (arnd 1/4 tsp0 on top of dough.. Steam 10-12 minutes (small mold) 15 minutes (large mold) to bloom and can be served.

** in muffin cup size S the cake bloom more beautiful