Goreng Pisang
azizah@cutemamadelicacies
azizah@cutemamadelicacies
Kebanyakkan kuih muih bergoreng spt pisang, keladi dan keledek goreng amat mudah dihasilkan dirumah. Bahan utama utk sebarang kuih bergoreng tentulah baternya. Perkara yg paling penting adalah kepanasan minyak apabila menggoreng. Jika minyak tidak cukup panas, minyaknya meresap kedlm tepong. Hasilnya bahan gorengan tidak rangup dan terlalu berminyak. Pastikan pisang yg hendak digoreng itu cukup masak. Elakkan menggunakan pisang yg terlalu ranum kerana ia mengeluarkan air apabila digoreng dan air ini menyebabkan gorengan 'makan minyak'.
Ayuh salin Resepi bater utk menghasilkan gorengan yg sempurna yg kzah ambil dari Berita Minggu oleh Puan Alijah Batcha.
Bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan kotak
1 sudu kecil serbuk penaik
1 biji telor saiz kecil
air dan garam secukupnya
2 sudu besar minyak atau marjerin cair yg dibiarkan sejuk terlebih dulu.
sedioit pewarna kuning
minyak secukupnya utk menggoreng
Satukan semua bahan dlm mangkuk besar kecuali air dan minyak.
Tambah air secukupnya.
Masukkan 2 sudu makan minyak dan kacau rata.
Celop pisang yg sudah di potong dan goreng berendam hingga kuning keemasan.
*bater ini bolih digunakan utk menggoreng ubi, keledek, sukun dll.
Selamat mencoba!!!
Tambah air secukupnya.
Masukkan 2 sudu makan minyak dan kacau rata.
Celop pisang yg sudah di potong dan goreng berendam hingga kuning keemasan.
*bater ini bolih digunakan utk menggoreng ubi, keledek, sukun dll.
Selamat mencoba!!!
No comments:
Post a Comment