Showing posts with label SOTONG / SQUID. Show all posts
Showing posts with label SOTONG / SQUID. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

SAMBAL SOTONG BALL BEREMPAH

SAMBAL SOTONG BALL BEREMPAH

(Spicy cuttlefish ball)
sumber: azizahsulaiman kitchen

Bahan-bahan 

  • SOTONG BALL 500 GM

  • Bahan kisar (grind/pound into paste)
  • @8 ulas bawang merah (8 shallots)
  • @5 ulas bawang putih (5 garlic)
  • @1 in halia (1 inch ginger)
  • @1 batang serai (1 lemon grass)
  • @ 2" lengkuas (2" garlanga)
  • @30 tangkai cili kering (30 nos dried chilli)
  • @1 sudu makan ketumbar biji (2 tbsp coriander seed)
  • @1 sudu teh jintan manis biji (1 tsp anise seed)
  • @ butter/minyak ( butter or oil)
  • @garam dan gula secukup rasa ( salt & seasoning)

**Air Asam (Tamarinjuice)
  • #boleh ditambah hirisan daun limau purut jika suka
  • (Optional kaffir leave)

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 kisar dgn minyak atau butter hingga wangi.( saute the paste with oil / butter till aroma)
  2. Perahkan sedikit air asam.. tumis hingga garing dan naik minyak. (Add in tamarind juice and continue cook till aroma)
  3. Masukkan sedikit gula dan garam.. masukkan sotong ball dan kacau balik2 agar ball sebati dgn sambal ( add in sugar & salt and stir, add cuttle ball..mix well with the sauce)
  4. Renehkan sedikit dan matikan api ( cook a little bit longer and off the fire stove)




Monday, February 16, 2015

TOM YUM KOONG @ STEAM BOAT


SUP TOM YAM
azizahsulaiman

Bahan kisar:
10 biji lada padi
1/2 cawan air
1/2 cawan jus lemon

1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1/2 kg uadng dikupas kulit digunakan untuk stok
1/2 ekor ayam.. Isi nya dihiris dan tulang nya di gunakan untuk stok
10 cawan air
4 batang serai di rampai
2 hiris lengkuas
4 helai daun limau purut
15 helai daun selasih
5 biji lada padi.. tambah jika suka
1 sudu pes tomyam
garam
Minyak

Bahan lain: sotong, udang,  fish ball, crab ball, sausage,  jagung kecil, berbagai jenis cendawan,  sayuran, telur burung dll mengikut kesukaan.

Caranya:
Panaskan minyak dalam periuk. .Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan kulit udang dan tulang ayam. Goreng sebentar. .kemudian masukkan 10 cawan air. Masukkan serai,  lengkuas dan garam. Masak hingga mendidih. Setelah 5 minit. .Matikan api dan di tapis. Ambil air nya saja utk stok.
Didihkan semula stok dgn api yang kecil. Setelah mendidih masukkan bahan kisar. Masukkan pes tomyam. . Masukkan bahan lain.. jika suka lebih masam.. tambahkan jus lemon.

Bahan untuk buat homemade pes tomyam:
2 batang serai
3 biji bawang putih
1/2 jari kunyit basah
2 sudu makan akar ketumbar
1 sudu makan lada putih
1 sudu makan serbuk lada
2 hiris lengkuas
7 biji lada merah
4 biji lada hijau
5 helai daun limau purut
2 sudu makan gula melaka
1 sudu makan gula
1 sudu makan belacan
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan ikan bilis
3 sudu makan sos ikan
4 sudu makan jus limau nipis
garam

** kisar semua bahan hingga halus dan pekat. Tumis hingga kering dan wangi. Setelah masak sejukkan.. Masukkan dlm botol dan simpan dalam peti sejuk.. senang bila hendak digunakan. . Selamat mencuba. .







Tuesday, January 6, 2015

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG


SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
Bahan-bahan nya:
500 gm sotong kembang
1 biji bawang besar dipotong dadu kecil
3 ulas bawang putih sicincang halus
1 inci halia dicincang halus
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar lada kisar
3 sudu besar kacang tanah tumbuk
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan dikisar halus:
5 biji lada merah
5 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 btg serai dihiris halus
4 biji buah keras dibakar hingga harum dan hiris
1/2 inci belacan di bakar hingga harum

Cara membuatnya:
Sotong kembang dipotong size sederhana..dicelir selama 30 saat dan toskan. (jgn tambah garam dlm air yg digunakan utk celor sotong.nanti sotong jadi liat) ketepikan.
Panaskan minyak dlm kuali anggaran 3/4 cawan.
Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
Masukkan bahan2 yg dikisar halus. Masak hingga terbit minyak dgn api yg kecil.. kacau selalu.
Masokkan sos cili dan sos tomato..kacau rata.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Kacau dan masokkan sotong. Gaul rata dan masak hingga pekat.
Akhir sekali tambahkan kacang tanah tumbuk, gaul rata dan masak hingga kering sedikit. Jika ok bolih matikan api. Bolih dihidangkan

Resepi sumber: DTS

Monday, October 28, 2013

SOTONG MASAK KICAP


Resepi ni lama tersimpan dlm file.. lupa pulak resepi ni dari siapa.. Maaf ya yg punya resepi
azizah@cutemamadelicacies


Sotong masak kicap 
500 gm sotong 
1-2 smkn lada yg sudah dikisar 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
4-5 smkn kicap pekat
Bahan A:
1 batang serai 
1 batang kulit kayu manis.
4 kuntum cengkih 
3 pelaga
1 cawan air 
1-2 keping asam keping 
gula, garam 
1 biji bawang dipotong bulat
lada merah dipotong serong atau beberapa tangkai lada padi diketuk
bahan kisar: 
1 biji bawang besar 
4 biji bawang putih & 1 inci halia


Sotong dibersihkan lalu di toskan. 
Panaskan minyak, tumis bahan A. 
Masukksn lada kisar, Tumis hingga garing dan sedikit kering. 
Masukkan kicap pekat, lada hitam, asam keping, biar sebentar baru masukkan air dan masak hingga pecah minyak. Masuk sotong, garam dan gula. Masak ikut pekat yg disuka. Masokkan bawang hiris, lada merah hiris/lada padi ketuk.

Thursday, February 14, 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING


SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
resepi: azizah@cutemamadelicacies

1 kg sotong kembang (2 ekor) dibersihkan, dipotong ikut suka, direbos dengan air mendidih secukupnya hingga empok lalu diangkat dan toskan.
25 gm asam jawa diramas dgn air menjadikan setengah cawan air asam

minyak utk menumis

bahan-bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2" belacan (20 gm)
lada yang sudah kisar anggaran 250 gm

 secukup rasa garam, gula ikut suka ( kzah gunakan 3 smkn gula pasir + 2 smkn gula tanjung)
dan perasa (optional)


Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
Masukkan gula lalu dikacau rata.
Masukkan sotong dan dimasak hingga pekat sedikit.
Masukkan garam, air asam, perasa dan dikacau rata.
Masak hingga kering sedikit.

**jika suka boleh masukkan kacang tanah yg sudah di sangar dan ditumbuk

Wednesday, November 16, 2011

OPOR SOTONG

 

OPOR SOTONG

Resepi sumbangan kfida@myresepi

10q kfida kerana berkongsi, kzah c&p disini, ..memang sedap, rasanya seperti rendang, kalau tak percaya.. Cobalah sendiri.

azizah@cutemamadelicacies 

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


  • 1 kilo sotong - dibersihkan dan buang dakwat hitam
  • 10 tangkai cili kering*
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 hiris halia*, 1/2 ibu jari kunyit hidup*
  • 2 batang serai*,1 hiris lengkuas*
  • 2 sb rempah kari daging
  • 1 sb rempah kari ikan
  • 2 helai daun limau purut,1 keping asam gelugur yang kecil
  • 1/2 cawan santan pekat (lebihkan jika suka lebih berlemak)
  • 2-3 sb kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN2 TUMIS :-
  • 2 batang serai dititik,1 biji bawang besar dihiris bulat,1 jari kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang
  • secukup minyak masak - untuk menumis

Cara-cara


  1. Kisar bahan2 bertanda* dengan sedikit air hingga halus.Campurkan bahan kisar dgn rempah kari daging dan ikan.Gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan secukup minyak masak di dalam periuk dan tumis BAHAN2 TUMIS hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.Masukkan santan,kerisik,daun limau,asam gelugur,garam dan gula secukup rasa.Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga terbit minyak dan pekat.
  3. Masukkan sotong dan gaul sebati,tutup periuk dan kecilkan api dan masak sebentar hingga kelihatan sotong dah mengeliat :) dan matikan api.
  4. Opor sotong sedap dimasak pekat...sekiranya sotong dh masak tapi kuah terlalu cair(kerana sotong mengeluarkan air yg banyak bila dimasak),keluarkan sotong dan masak kuah hingga pekat kemudian siram ke atas sotong dan sajikan.

Monday, October 3, 2011

SQUID IN BLACK INK SAUCE ( SOTONG MASAK HITAM)


Recepi in English & Malay
SOTONG MASAK HITAM
1 kilo sotong
60ml -70ml minyak untuk menimis
2 batang lada merah dihiris panjang
1 biji bawang besar dihiris bulat
Garam, gula

Bahan kisar:
3 batang lada merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang serai
2 cm lengkuas

Sotong di bersihkan. Dakwat hitamnya jangan dibuang.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pekat.
Masukkan sotong, balik balikkan dan masak hingga sotong lembut.
Masukkan lada merah dan bawang besar. Balik balikkan dan matikan api.
**sotong bolih dipotong potong atau dibiarkan bulat. Sotong jangan di masak terlalu lama..nanti sotong liat macam getah.


Sotong Masak Hitam ( chef wan)
50 ml minyak sayur
4 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
800 gm sotong di cuci dan disimpan hitamnya
1 biji bawang besar dihiris halus
3 batang serai dihiris halus
2 batang lada merah dibuang biji dan dipotong memanjang
1 sudu besar adam jawa diperah dengan air dan dijadikan 75 ml
Garam dan gula

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah bawang putih hingga garing.
Masukkan sotong, bawang besar, serai, cili merah, air asam jawa, garam dan gula dan masak selama 5 minit lagi.
Letakkan dalam mangkuk dan hidangkan.




Squid in black ink sauce
1 kg squid
60ml-70ml of oil
2 red chilli sliced
1 large onion, sliced round
Salt, sugar

Ground items:
3 stalks red chilli
3 cloves garlic
1 large onion
1 stalk lemongrass
2 cm galangal

Cleaned squid. Keep the Black ink.
Heat oil and fry the paste until fragrant.
Add squid, stir well and cook until squid is tender.
Add the red chilli and onion. stir again and turn off heat.
** squid can cut pieces or left whole. Do not cook Squid too long .. it will turn tough like rubber squid.