Wednesday, November 16, 2011

OPOR SOTONG

 

OPOR SOTONG

Resepi sumbangan kfida@myresepi

10q kfida kerana berkongsi, kzah c&p disini, ..memang sedap, rasanya seperti rendang, kalau tak percaya.. Cobalah sendiri.

azizah@cutemamadelicacies 

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


  • 1 kilo sotong - dibersihkan dan buang dakwat hitam
  • 10 tangkai cili kering*
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 hiris halia*, 1/2 ibu jari kunyit hidup*
  • 2 batang serai*,1 hiris lengkuas*
  • 2 sb rempah kari daging
  • 1 sb rempah kari ikan
  • 2 helai daun limau purut,1 keping asam gelugur yang kecil
  • 1/2 cawan santan pekat (lebihkan jika suka lebih berlemak)
  • 2-3 sb kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN2 TUMIS :-
  • 2 batang serai dititik,1 biji bawang besar dihiris bulat,1 jari kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang
  • secukup minyak masak - untuk menumis

Cara-cara


  1. Kisar bahan2 bertanda* dengan sedikit air hingga halus.Campurkan bahan kisar dgn rempah kari daging dan ikan.Gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan secukup minyak masak di dalam periuk dan tumis BAHAN2 TUMIS hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.Masukkan santan,kerisik,daun limau,asam gelugur,garam dan gula secukup rasa.Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga terbit minyak dan pekat.
  3. Masukkan sotong dan gaul sebati,tutup periuk dan kecilkan api dan masak sebentar hingga kelihatan sotong dah mengeliat :) dan matikan api.
  4. Opor sotong sedap dimasak pekat...sekiranya sotong dh masak tapi kuah terlalu cair(kerana sotong mengeluarkan air yg banyak bila dimasak),keluarkan sotong dan masak kuah hingga pekat kemudian siram ke atas sotong dan sajikan.

2 comments:

  1. Assalam kak zah,
    wah ada opor sotong kat sini ya..sedap nampaknya tu kak..recipe opor sotong..ni pun kita dah pernah cuba..macam ala2 rendang gitu..uish banayk menu yang kita terlepas pandang i kak..nak kena scroll pelan2..hehe

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam ayu.thanks for dropping by. Tak perasan pulak rumah ayu ada opor sotong.. opor ni memang terasa mcm rendang kerana gunakan daun limau, kerisik, serai dll.

    ReplyDelete