Monday, November 30, 2015

Mee Goreng Campur


Mee Goreng Campur
Bahan2 nya..
1 bungkus mee hoon direndam hingga lembut lalu di toskan
Bolih jugak di campur  separuh mee hoon dan separuh mee kuning atau kue tiau
1 biji bawang besar .. hiris
Udang / Sotong
Carrot dipotong mancis
Kobis atau sawi
3 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu besar kicap lemak manis
Garam, gula, serbuk perasa jika suka
Minyak utk tumis

Bahan utk kisar..
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100 gm ikan bilis yg telah di rendam kembang dan di cuci

Bahan hiasan..
Bawang goreng
Daun sup/ daun bawang
Lada merah
Limau kasturi


Panaskan minyak dan tumis bawang hiris.
Masukkan bahan kisar..kacau rata hingga naik bau.
Masukkan lada kisar.. tumis hingga garing dengan api yg sederhana kecilnya.
Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam.. biar hingga terbit minyak.
Masukkan lobak merah dan sedikit air utk melembutkkan lobak.. bila da lembut sikit masukkan sotong/ udang .
Jika sotong, masak sekejap aje dan masukkan mee.
Bila rata dan meenya lembut.. masukkan sayuran. Gaul rata, rasa dan hias semasa menghidangkan.


Sunday, November 29, 2015

SAMBAL ULEQ TOMATO



SAMBAL ULEQ TOMATO
Bahan-bahan
8 biji cili merah (8 red chilli)
4 biji cili hijau (4 green chilli)
10 biji cili padi merah (10 bird eye red chilli)
2 sudu besar belacan-bakar sebentar (2 tbsp shrimp cake)
4 biji tomato buah (4 tomato)
6 biji limau kasturi (6 small lime)
sedikit garam dan gula (sugar & salt)

Cara-cara
Cili merah dan cili hijau dipotong pendek.
Tomato dihiris dan limau dibelah dua, ketepikan dulu.
Masukkan semua cili dan belacan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Masukkan tomato yg di hiris, sedikit garam dan gula.
Lenyekkan tomato tu sedikit dan gaul sebati.
Perahkan jus limau kasturi dan boleh lah di hidangkan.
Hidangkan bersama ulam2an dan lauk kegemaran.

Method:
Cut red & green chilli.
Slice tomato.. cut halves the limes..
Put all the above ingredients in mortar or blender..
Add slice tomato, belacan and grind.
Add in tomato, salt and sugar.. squeeze limes and serve..

CORNFLAKES HONEY



Bahan A:
125 gm butter
Setengah cawan brown sugar (half cup)
1 cawan  madu (1 cup honey)

Bahan B:
1 kotak( box) 500gm Nestle Cornflakes
1 cawan kismis (optional) 1 cup raisin
1 cawan badam/ gajus di panggang (1 cup almond/ cashew.. roast)

Hiasan: (decoration)
Paper cup
Ceri merah/hijau ( red & green cherry)
Manik2

Panaskan A hingga butter cair.
Setelah butter cair.. tutup api.
Masukkan B dan digaul rata.
Sudukan dlm paper cup dan hiaskan.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan dulu selama 8 hingga 10 dgn suhu 170c
Sejukkan dan tutup dlm kedap udara.

Method:
Heat A on stove till butter mrlt.
Off the fire.
Add in B and mix well.
Put the mix cornflakes in papercup and decorate.
Pre heat oven and bake the cornflakes with 170c for 8 to 10 minutes.
Cool it b4 put in air tight bottle.



Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.