Monday, November 30, 2015

Mee Goreng Campur


Mee Goreng Campur
Bahan2 nya..
1 bungkus mee hoon direndam hingga lembut lalu di toskan
Bolih jugak di campur  separuh mee hoon dan separuh mee kuning atau kue tiau
1 biji bawang besar .. hiris
Udang / Sotong
Carrot dipotong mancis
Kobis atau sawi
3 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu besar kicap lemak manis
Garam, gula, serbuk perasa jika suka
Minyak utk tumis

Bahan utk kisar..
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100 gm ikan bilis yg telah di rendam kembang dan di cuci

Bahan hiasan..
Bawang goreng
Daun sup/ daun bawang
Lada merah
Limau kasturi


Panaskan minyak dan tumis bawang hiris.
Masukkan bahan kisar..kacau rata hingga naik bau.
Masukkan lada kisar.. tumis hingga garing dengan api yg sederhana kecilnya.
Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam.. biar hingga terbit minyak.
Masukkan lobak merah dan sedikit air utk melembutkkan lobak.. bila da lembut sikit masukkan sotong/ udang .
Jika sotong, masak sekejap aje dan masukkan mee.
Bila rata dan meenya lembut.. masukkan sayuran. Gaul rata, rasa dan hias semasa menghidangkan.


No comments:

Post a Comment