Showing posts with label SAYUR / VEGE. Show all posts
Showing posts with label SAYUR / VEGE. Show all posts

Tuesday, July 3, 2018

Gado-Gado (AzizahSulaimanKitchen)


Gado-Gado
Resepi by zyzasulaimankitchen

650g kacang tanah digoreng tanpa minyak di buang kulit dikisar separuh kasar Dan separuh halus
12 mata asam jawa diramas dengan 3/4 cawan air
110 gm gula melaka
12 sudu makanan membumbung gula pasir
3 setengah cawan air
1 setengah cawan santan
Garam
Daun limau purut

Bahan Kisar:
40 btg lada kering
20-25 biji bawang merah
8 biji bawang putih
2.5 cm lengkuas
3-4 batang serai
3 cm cekor
50 gm Udang kering
5-6 Cili Padi (optional)
2.5 cm kunyit hidup

Panaskan Minyak, Tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga wangi dan garing.
Bila terbit minyak masukkan kacang, air, gula melaka, santan, bila mendidih, masukkan air asam.
Kacau rata, masak atas api sederhana, biar kush pekat sedikit.
Perasa dgn garam Dan sedikit gula.



Friday, September 22, 2017

Peria Goreng Telor

Resepi Peria Goreng Telur

Bahan

- 1 mangkuk peria
- 3 ulas bawang putih*
- sedikit lada kisar
- 1 sudu besar udang kering*
- 1 biji telur
- 1 sudu teh sos tiram
- 1biji bawang besar*
garam secukup rasa
- 1 bawang besar di hiris
Lobak optional


Cara



  1. Tumbuk kasar bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Goreng hingga garing.
  4. Kemudiaan, masukkan peria, dan sos tiram, gaul sebati.
  5. Pecahkan telur ditengah kuali, biarkan sekejap dan kemudian baru digaulkan dgn peria.
  6. Perisakan dgn garam jika perlu.
  7. Tutup api bila peria lembut dan masak sempurna.

Friday, August 4, 2017

Lontong Sayur Lodeh


Lontong Sayur Lodeh
Sumber: Resepi terbaik Chef Wan

Bahan Rempah:
10 biji bawang merah kupas kulitnya (shallots)
2 batang serai diketuk (lemon grass)
1/2 inci lengkuas dikupas kulitnya
1/2 inci halia kupas kulit nya (ginger)
8 biji buah keras (candle nuts)
10 biji lada merah dibuang biji
1/2 inci halia dikupas kulitnya
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan belacan
4 biji bawang putih dikupas kulitnya
60 gm Udang kering di rendam dan tuskan

Bahan lain:
1 liter santan di perah daripada 1 biji kelapa parut
dan dicampurkan dengan 1 liter air
10 urat kacang panjang, potong 2 inci
3 keping tahu di potong dan di goreng
4 keping tempe, goreng dan dipotong
150 gm kobis, potong nipis
1 biji terung potong panjang 2 inci (optional)
1/2  biji sengkuang dikupas kulitnya dan dihiris
30 gm suun, celor dan tuskan
4 helai daun salam
2 helai daun limau purut
300 gm, bersihkan dan kupas kulit

Serunding daging dan minyak utk menumis.

Satukan Semua bahan rempah dan kisar halus.
Panaskan minyak dalam periok, dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan bahan lain kecuali Udang dan serunding.
Masak hingga sayur lembut.
Masukkan udang dan masak lagi 10 minit hingga Udang masak.
Hidangkan bersama serunding daging n telor rebus


Sunday, November 29, 2015

SAMBAL ULEQ TOMATO



SAMBAL ULEQ TOMATO
Bahan-bahan
8 biji cili merah (8 red chilli)
4 biji cili hijau (4 green chilli)
10 biji cili padi merah (10 bird eye red chilli)
2 sudu besar belacan-bakar sebentar (2 tbsp shrimp cake)
4 biji tomato buah (4 tomato)
6 biji limau kasturi (6 small lime)
sedikit garam dan gula (sugar & salt)

Cara-cara
Cili merah dan cili hijau dipotong pendek.
Tomato dihiris dan limau dibelah dua, ketepikan dulu.
Masukkan semua cili dan belacan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Masukkan tomato yg di hiris, sedikit garam dan gula.
Lenyekkan tomato tu sedikit dan gaul sebati.
Perahkan jus limau kasturi dan boleh lah di hidangkan.
Hidangkan bersama ulam2an dan lauk kegemaran.

Method:
Cut red & green chilli.
Slice tomato.. cut halves the limes..
Put all the above ingredients in mortar or blender..
Add slice tomato, belacan and grind.
Add in tomato, salt and sugar.. squeeze limes and serve..

Thursday, October 29, 2015

AYAM PAPRIK ALA THAI


Ayam Paprik ala Thai
Source: azizahkitchen @cutemamadelicacies

1 kg isi ayam dihiris nipis ( 1 kg chicken fillet- slice )
4 biji bawang putih dihiris (4 garlic.. slice)
4 biji bawang merah dihiris ( 4 shallots.. slice)
1 inci halia dihiris halus (1" ginger.. slice finely)
1 biji bawang besar dihiris memanjang (1 big onion.. slice)
1 btg lada merah dan 1 btg lada hijau dihiris (1 red chilli and 1 green chilli slice as shown in photo)
6-8 biji lada padi diketuk (6 to 8 bird eye chili)
4 helai daun limau purut (4 kaffir leave)
4 sudu makan lada kisar (4 tbsp chilli paste)
4- 5 smkn chilli sos ( 4 to 5 tbsp chilli sauce)
4-5 smkn tomato sos ( 4 to 5 tbsp tomato sauce)
2 sudu makan sos tiram ( 2 tbsp oyster sauce)
Sedikit kicap manis ( sweet black sauce 1 to 2 tbsp)
1 cube ayam (1 chicken cube)
1 cawan air ( 1 cup of plain water)

 Sayuran ( Vegetable)
Bunga kobis.. potong kecil ( cauliflower.. cut)
4 biji jagung putik ( small corn)
Lobak merah ( carrot)
Kacang Panjang / boncis ( long beans/ french beans)
** Sayuran  terpulang masing ( choice of vege up to you)

Panaskan minyak.. Goreng ayam hingga menjadi keputihan.. angkat, toskan dan ketepikan.
(Heat oil in wok, fry chicken till turns white,  move from the wok, drain and put aside)

Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.. (Remove the excess oil from the wok.. left some to  saute shallot, garlic and ginger till nice smell)

Masukkan lada kisar dan tumis hingga pecah minyak (add in chilli paste and saute till the oil separate from the paste)

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul rata (add in chilli sauce, tomato sauce, oyster sauce, black sauce, chicken fillet that had been fried earlier.. mix well)

Masukkan air, serai, daun limau purut.. di biarkan mereneh sebentar.. kacau rata masukkan bawang besar dan sayuran dan rasa masukkan sedikit lagi air jika pekat. ( add water, lemon grass, kaffir leaves and let it simmer for a while and add onion and other vege.. add seasoning..(optional) to taste add a little water if the gravy is thick.) Happy eating


Wednesday, October 7, 2015

ACAR RAMPAI MADU


Acar Rampai Madu
(20 orang)
Bahan-bahan nya:
5 batang timun ( 5 cucumber)
1 batang lobak merah (1 carrot)
4 ulas bawang putih (4 garlic)
2 jari halia (2" ginger)
10 biji bawang merah (10 shallots)
4 biji lada merah (4 red chilli)
4 biji lada hijau (4 green chilli)
Setengah cawan minyak makan (half cup cooking oil)
100 ml cuka / apple cider
3 sudu makan gula pasir (3 tbsp sugar)
1-2 sudu makan madu (1-2 tablespoon honey)
Garam (salt)

Bahan kisar:
10 tangkai lada kering ( dried chilli)
1 biji bawang besar (1 large onion)
2 ulas bawang putih ( 2 garlic)
1 jari halia (1 " ginger)
Setengah sudu teh kunyit serbuk
5 biji buah keras (5 candle nut)


Potong semua bahan seperti biasa nk buat acar.
Bawang kecil dibelah 2 atau 4. Bawang putih dibelah 6 dan semua bahan2 ini diketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. Masukkan guka dan madu dan biarkan ia hingga berkilat.

Masukkan garam dan cuka / apple cider. Biarkan ia mendidih dan pekat. Matikan api.

Gaul dengan bahan2 yg dipotong tadi dan perap selama 1 jam sblm dihidangkan.

Saturday, January 31, 2015

PERIA GORENG TAUCO IKAN BILIS


PERIA GORENG TAUCU IKAN BILIS
Dari Dapur : azizahsulaiman

1 batang peria 
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah* - semua bahan*dihiris
2 sudu besar ikan bilis
2 sudu besar taucu
Sedikit air 
Garam secukupnya 

Cara-cara ;
Peria dibelah dua kemudian dihiris.Di rendam dgn air garam sebentar.
Tumis semua bahan yang dihiris dan ikan bilis.
Masukkan taucu dan sedikit air.
Masukkan peria, garam secukup rasa kerana tauco pun da masin..dan gaul.
Sedia dihidang. 

Monday, May 12, 2014

SAMBAL AIR ASAM KERISIK

Sambal air asam ni memang sedap.. ia menggunakan kerisik yg membuat sambal ini lain dari sambal air asam biasa.. Enak dihidang dgn Ikan Bakar.. Coba lah.. 

SAMBAL ASAM KERISIK
SOURCE: chef Hanieliza
done by: Azizah@cutemamadelicacies

Bahan A:
1 sudu makan asam jawa
2 biji lada merah
5 biji lada padi
1/2 cawan air suam
1 biji tomato dipotong dadu
1 inci belacan
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam

Bahan B:
2 biji tomato
1biji bawang besar dihiris nipis
3 biji lada hijau dihiris halus
2 biji lada merah dihiris halus
5 biji limau kasturi
1 sudu makan kerisik

1. Gaul asam jawa dan air..kemudian tapis
2. Masukkan semua bahan A dlm pengisar dan dikisar kasar.
3. Limau dibelah dan dibuang bijinya
4. Gaulkan bahan yg dikisar ke bahan B.
5. Hidang dgn ikan bakar

Wednesday, April 30, 2014

SAMBAL LADA HIJAU PADANG



SAMBAL LADA HIJAU PADANG
resepi: DTS


bahan-bahannya:
8 biji cili hijau, cuci dan toskan
20 biji cili padi hijau thai, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris
1 biji tomato hijau, dicincang
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci, tos dan goreng garing
2 camca besar jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kukus cili hijau dan cili padi selama 8 - 10 minit, angkat dan sejukkan. Kemudian tumbuk cili tadi bersama2 bawang merah hingga lumat. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga sambal garing, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus lemon, kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ubi rebus...


Thursday, April 17, 2014

CUCUR / BAKWAN JAGUNG



CUCUR / BAKWAN JAGUNG


BAKWAN JAGUNG
Resepi dari fb: Ana Hazwani
dari dapur : cutemamadelicacies
Bahan-bahan:
• 3 ½ cawan tepong gandum*
• 1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
• 2 cawan Jagung
• 1 cawan isi udang
• 3 cawan air sejuk
• 1sdb maggie cukup rasa(pati bilis pn bole)
• 1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
• ½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris
• 1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
• 1bji cili merah didadu
• ½ sudu kecil kunyit serbuk
• 1 biji telur
• Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:
✔Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
✔Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
✔Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
✔Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.(anna wat ngn sudu bg kecik2)
✔Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
✔Bila dah garing, angkat & toskan.
✔Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.

Friday, April 11, 2014

KARI SADIN




azizah@cutemamadelicacies

kari sardin

source: myresepi
tried by: cutemamadelicacies


Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 1 tin sardin 425gm - brand apa pun tak kisah
  • 1 labu bwg besar - hiris nipis
  • 5 biji bwg merah - hiris nipis
  • *1 inci halia
  • *4 ulas bwg putih
  • bhn* di tumbuk sedikit kasar
  • 1 btg serai - ketuk aja
  • 1 sudu teh (rata) - halba campur
  • 1 paket kecil srbuk kari ikan
  • 1 - 2 sudu besar cili kering kisar
  • 8 biji cili api - letak sebiji2
  • 2 biji tomato - potong 4/8
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 keping asam gelugor
  • 2@3 biji kentang - kupas kulit/goreng sebiji2/potong
  • garam cukup rasa
  • 2 1/2 cawan air panas
  • nenas..optional (sendiri tambah)
  • daun kari






Cara-cara

  1. Panaskan 1/3 cawan minyak .. agak2 la..
  2. Tumis bhn*, bwg besar, bwg merah, serai, daun kari d ikuti halba campur hingga naik bau & sedikit garing
  3. Masukkn rempah kari(tak perlu bancuh dgn air), kecilkn api - kacau mesra d ikuti cili kering kisar, cili api, asam gelugor & kicap manis biar kejap...boleh letak 1 cawan air panas
  4. Bila rempah naik bau & pecah minyak, boleh masukkn ikan sardin bersama sos nya juga & 1 1/2 cawan air panas - biar kuah mereneh perlahan-lahan dgn api kecil - sesuai rasa garam nya
  5. Agak2 dah ok & kuah pun pekat, masukkn tomato & kentang - tomato 1/2 masak, tutup api
  6. Boleh lah di hidangkn panas2...cuba lah, resepi mudah aja ;)



Friday, March 7, 2014

Home Made Ikea Swedish Meatball

Home Made Swedish Meat
ball
from Azizah:s Kitchen


Meatball Recipe
maaf tuan puanya resepi.. lupa pulak siapa yg empunya.. resepi ini kzah ubahsuai setelah google beberapa resepi

Bahan-bahannya: Boleh dapat lebih dari 30-40 biji depend on the size of the ball.
500 gm daging kisar atau Daging kisar Ramly (yang macam 2 slices daging burger tu) 
1 sudu makan Bawang putih kisar
sedikit halia kisar
1 biji bawang besar Holland – dicincang halus
8 sudu makan Bread crumb – atau biskut Cream Cracker yang diblend
1/3 cawan tepung gandum dalam 3 sudu makan
2 biji telur yang dikocok dahulu
3 sudu kecil serbuk lada hitam
¼ cawan susu segar
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam dan perisa secukup rasa

Cara-caranya:
Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.. Cara kukus meatball adalah yg terbaik.. jika dibakar Meatball agak kecut dan sedikit keras.

Semasa google resepi kuah meatball, ada 2 jenis. Blackpepper dengan mushroom maka jadilah gravy ni..

Meatball gravy :
2 sudu mkn butter
1 setengah sudu mkn tepung gandum
1 biji bawang besar Holland dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit
2 biji tomato sederhana besarnya dipotong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100 ml susu segar/susu cair *
2-3 sudu mkn sos tomato *
2-3 sudu sos tiram *

2 sudu kicap manis *

2 sudu sos lada hitam atau serbuk lada hitam*
1 cube pati ayam
1-2 sudu makan gula *
1 sudu makan tepong jagung dicampur sedikit air
serbuk beef gravy segera/ beef cube

Cara-caranya:
1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.
2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato
4. Bila dah layu, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih. Jika terlalu pekat bolih tambah sedikit air..jika cair masukkan air tepong jagung
5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi)
6. Tuang semula dlm periok dan didihkan sebentar. kacau selalu. Apabila mendidih dimatikan api dan tuangkan atas meatball.

Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. So, dapatlah makan homemade meatball Ikea.
Bolih dibuat meatball lebih dan dibekukan utk disimpan

Bolih juga digunakan meatball ready made jenama MARINA sedap'' rasa nya seakan2 meatball Ikea.
meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.
-kentang goreng secukupnya.

Wednesday, August 28, 2013

RAHSIA AVOKADO

RAHSIA AVOKADO
Ada golongan insan yang sama sekali mengelak daripada memakan avokado kerana mereka percaya bahawa buah bentuk bujur ini mengandungi kadar lemak dan kalori yang tinggi. Namun, avokado adalah antara makanan yg paling padat dengan zat dan khasiat, terutama untuk jantung anda.

PENYERAPAN KAROTENOID
Karotenoid bertindak sebagai antioksiden dan bolih mencegah penyakit mata. Ia nya larut dalam lemak sahaja. Avokado bukan sahaja kaya dengan karetenoid, malah adalah penyerap karetenoid yang berkesan kerana kandungan lemaknya yang tinggi. Sebab itu lah pakar pemakanan menasihatkan anda mencampurkan sepotong avokado dalam mangkok salad anda.

BANTU KURANGKAN BERAT BADAN???
Buah ini mengandungi acid OLEIK yang menghantar isyarat bahawa anda  sedang berasa kenyang kepada otak anda. Ia juga mengandungi sekitar 7 gram fiber larut dan nyah larut. Fiber larut memperlambatkan pemecahan karbohidrat dalam tubuh, melengahkan perasaan lapar.

MEMELIHARA BAYI DALAM KANDUNGAN
Secawan avokado sehari merangkumi hampir sesuku daripada vitamin folat yang diperlukan tubuh kita. Folat adalah vitamin yang mengurangkan risiko bayi cacat dalam kandungan. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.

MEMELIHARA JANTUNG
Asid oleik juga bolih mengurangkan kadar kolesterol tinggi adalah salah satu daripada faktor risiko utama penyakit jantung.

RASA LAZAT
Mencampurkan avocado kemakanan anda seperti salad, sup atau hiasan nasi goreng adalah cara yang mudah dan sihat untuk meningkatkan rasa dan tektur makanan anda.

sumber; Berita Minggu 31/03/2013


Friday, February 8, 2013

SAYUR-SAYURAN..TIP/INFO


posted by: azizah@cutemamadelicacies 

Mengekalkan Warna Sayur Hijau
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain

Mencantikkan Sayur Yang Telah Di Celur
Kaum ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan makanan sayur untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan sayur tersebut, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih barulah dimasukkan sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan enak dimakan


Menyegarkan Kembali Sayur

Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.



Pelbagai Cara Simpan Daun Herba

Kebanyakan orang gemar menggunakan pelbagai daunan (tergolong di dalam daun herba seperti daun saderi, daun bawang, daun pudina, daun basil dan daun ketumbar). Selain mungkin gemarkan rasanya, daun herba juga bagus untuk kesihatan. Bagi mereka yang mungkin sedang diet atau mahu mengurangkan garam di dalam masakan, boleh memasukkan dedaunan ini di dalam masakan. Bagi memudahkan anda memasak, ada baiknya anda menanam sendiri pohon-pohon herba. Namun anda masih boleh menyimpannya dengan pelbagai cara.


Mencuci Sayuran Yang Kotor

Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi. 

Menghilangkan Pahit Peria

Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya Allah, mesti berkesan.

Menghilangkan Rasa Pahit Pada Sayur Peria

Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 - 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.

Merangupkan Acar Mentimun

Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Merangupkan Timun Acar

Ambil sedikit kapur sirih, masukkkan ke dalam bekas yang berisi air dan gaulkan. Masukkkan timun yang hendak dibuat acar tadi. Rendam semalaman barulah masak. Anda akan dapat rasa timun yang ranggup dan enak. Selamat mencuba.
 
Tauge Segar

Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam. 

Taugeh Tahan Lama

Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais.

Elakkan Terung Menjadi Hitam Apabila Sudah Dipotong

Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh. 

Elak Sayur Keladi Gatal Apabila Dimakan

Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti. 

Hilangkan Lendir Bendi

Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta. 



Tuesday, February 5, 2013

TERONG GRILL TOMYAM

azizah@cutemamadelicacies
 Terong grill bersama tomyam sangat sedap:



2 batang terong sederhana
Bahan A : dihiris halus
5 biji bawang merah 
3 biji bawang putih
1 sudu makan lada kisar 
1 sudu makan pes tomyam 
Setengah sudu teh gula 
Suku cawan air 
Hiriaan daun ketumbar
 

Minyak utk menumis

Terong dibelah 2. Jika besar, terung itu dikerat beberapa bahagian. Cuci dan toskan. 
Panaskan kuali non stick.. Panggang terong hingga lembut. Angkat dan susun dlm pinggan lalu diketepikan. 
Panaskan sedikiy minyak dalam kuali, tumis A hingga wangi. 
Masukkan lada kisar dan tumis hingga garing. Tambah pes tomyam.. Masak sekejap dan tuangkan air lalu dikacau rata. 

Bila pekat, masukkan gula dan setengah bahagian daun ketumbar. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang sambal atas 
terung dan tabur baki daun ketumbar.
sumber CMGhttp://www.tiffinbiru.com/2012/03/terung-grill-bersambal-tomyam.html

Monday, December 10, 2012

THAI PINEAPPLE FRIED RICE

SHARING THIS RECIPE FROM THE MAGAZINE:... COME LETS DIY..

Thai Pineapple Fried Rice
250 gm small shrimp
100 gm cooked ham
1 fresh pineapple
2 cup cold steamed rice
...

1 tsp chopped garlic
1 onion, sliced
1/2 carrot, sliced
1/4 cup peas
1 tsp salt
1 tsp sugar
1 tsp white pepper
2 tbsp soy sauce

1. Cut pineapple into 1/2 length ways, then cut and scoop out the flesh. Chop into small pieces (need 1/2 cup, keep the rest for other dishes or desserts) discarding core and set aside.
2. Heat oil in a wok over medium heat, add the garlic and stir until golden brown. Add the shrimp and stir occasionally until nearly cooked.
3. Add carrot and onion, stirring until the carrot is cooked. Then add rice, cooked ham, salt, sugar, white pepper, pea, soy sauce and fresh pineapple.
4. Stir until all ingredients mixed well ( abt 2-3 minutes). Remove from heat, transfer fried rice into hollowed-out pineapple halves. Serve immediately.

Thursday, January 5, 2012

TERUNG BAKAR & AIR ASAM

Terung Bakar Air Asam

by: azizah@cutemamadelicacies
Bahan2 utk Terung Bakar-Ingredients for grilled brinjal:-
3 biji terung - belah 2-( 3 brinjal cut to halves)
sedikit garam-(some salt)
sedikit minyak masak @ minyak jagung-( some oil@corn oil)

Cara2Method:-
Gaul terung dengan sedikit minyak masak @ minyak jagung. grill seketika atas stove atau bolehlah masukkan dalam oven n bakar sekejap. lepas empuk tu, ketepikan seketika.-(Mix brinjal with oil and salt. grill for a while on stove or in oven.)


Bahan2 utk Air Asam-(Ingredients for Asam sauce)
10 biji cili padi-( bird eyes chillies)
2 inci belacan bakar-(grilled dried shrimp paste)
1 biji bawang besar-( large onion)
Asam jawa sebesar duit 50 sen-( tamarind pulp size of 50 cents coin)
1/2 cawan air masak-(cup warm water)
salt & gula -(salt & sugar)

Cara2Method:-
Tumbuk c@ kisar kering cili padi dengan belacan bakar. Kemudian, masukkan gula & garam secukup rasa, tumbuk lagi. Cairkan asam jawa dengan air masak,toskan bijinya dan masukkan dalam cili & belacan yag dah ditumbuk tadi. Tambahkan sedikit demi sedikit air jika terlalu pekat. rasa & tambah ape yg kurang..-(Ground dried chillies together with belacan. Add in salt and sugar to taste and ground again. Mix tamarind pulp with warm water and discard the seeds. Add grounded mixture and mix well.)

Saturday, December 10, 2011

ACAR TIMUN INSTANT


Acar Timun Instant
2 batang timun ( 2 cucumber)
1 lobak merah ( 1 carrot )
1 bawang bombay ( 1 bombay onion )
1 batang lada merah ( 1 red chilli )
3 tbsp apple cider vinegar
Garam & gula ( salt & sugar to taste)


Cara:
Cuci semua sayuran.
( clean all the vegetable)
Hiris timun ( slice cucumber)
Kupas kulit lobak dan hiris nipis.(Remove the carrot skin and slice thinly)
Kupas bawang, potong 4 dsn hiris nipis ( peel onion, cut into quaters and slicely thinly.
Hiris halus lada merah ( cut the chilli into thinly slices)
Satukan semua bahan hirisan ke dalam mangkok. ( mix all the vege into a bowl )
Masokkan apple cider, garam dan gula secukup rasa. ( add apple cider and season to taste )
Masukkan di fridge sblm menghidangkan nya. ( chill in the fridge before serving.

Sunday, November 20, 2011

TAUHU GORENG DGN SAYURAN / FRIED TOFU VEGETABLE

In English and Malay
azizah@cutemamadelicacies

Goreng Tauhu Sayuran (utk 4 orang)
2 keping tauhu
1 cawan minyak masak
75 gm udang basah dibuang kulit
4 batang kacang boncis serong
1 batang lobak kecil dipotong serong
2 sudu teh tepong jagung dibancuh dgn 1 sudu besar Air

Bahan A:
1 cawan air
2 sudu teh perasa tiram
1sudu teh serbuk pati ikan bilis
1sudu kecil gula
Lada hitam dan garam secukup rasa

Panaskan minyak, goreng tauhu dgn api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dlm kuali.
Dlm kuali yg sama..masukkan bahan A. Masak hingga mendidih.
Masukkan tahu dan rendidihkan selama 10 minit.
Masukkan udang dan sayur dan kacau perlahan sekali sekala hingga udang masak.
Masukkan bancuhan tepong jagung supaya kuah pekat.
Hidangkan panas bersama nasi.



Fried Tofu Vegetables (for 4 people)
2 pieces of tofu
1 cup cooking oil
75 gm peeled prawns
4 french bean
1 small carrot cut
2 tsp corn flour mixed with 1 tablespoon water

 Ingredient A:
1 cup water
2 teaspoons oyster sauce
1 teaspoon extract  anchovies
powder
1teaspoon sugar
Pepper and salt to taste

Heat oil and fry tofu until golden brown. Remove from fire and drain.
Remove the oil in a wok.
In the same pan, add ingredients A. .. Bring to a boil.
Stir in fried tofu and cook for 10 minutes.
Add the shrimp and vegetables and stir occasionally until shrimp slowly cooked.
Add in the corn flour mixture to make the gravy thickens.
Serve hot with rice.

Thursday, November 17, 2011

SAMBAL TERUNG / SPICY EGGPLANT

 
SAMBAL TERUNG
by: DJ @myresepi
sumber: azlita@masam manis
beberapa hari yg lps, terpandang diblog Ita sambal terung ni. kebetulan dlm fridge ada segala bahan2nya.. ini lah sambal terung yg kzah masak.

azizah@cutemamadelicacies

1-2 biji terung panjang/bulat
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan udang kering - dikisar
2 sudu makan cili kisar
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam

Terung di potong, cuci bersih dan di goreng separuh masak.

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa.
Tumis hingga kering. 
Tambah cili merah jika suka.
Hidangkan setelah masak


SPICY EGG PLANT
1-2 pieces of eggplant long / round
3 red onion - ground
2 cloves garlic - ground
1 tbsp dried shrimps - ground
2 tbsp chilli paste
Tamarind juice
Sugar and salt

Cut Eggplant in pieces, wash and fry half-cooked.
Heat a little oil in a wok.
Stir-fry ground ingredients until the fragrant.
  Add in the eggplant, salt, sugar and tamarind juice.
Saute until dry.
Add red chilli if you like.
Serve after cooking