Showing posts with label KETAM / CRAB. Show all posts
Showing posts with label KETAM / CRAB. Show all posts

Saturday, August 12, 2017

Ketam Black Pepper



BLACK PEPPER CRAB
Cutemama delicacies Kitchen
azizahsulaiman

2 kg Ketam yg besar di bersihkan, goreng minyak tenggelam selama 3-4 minit hingga ketam merah, angkat dan toskan minyak.

Bahan A:
3 sudu makan mentega/ marjerin
Sedikit minyak masak

Bahan B:
2 biji bawang besar-potong dadu
7 biji bawang putih di cincang halus

Bahan C:
3 sudu mkn lada hitam biji ditumbuk kasar Dan disangar
1 sudu makan lada putih biji ditumbuk kasar di sangar
6 biji lada padi dipotong bulat
3/4 cawan daun Kari

Bahan D:
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap cair
Sedikit air dlm 2 cawan
Gula secukup rasa

Bahan E: dibancuh
2 sudu makan tepong jagung + 1/2 cawan air

Panaskan didalam kuali bahan A.
Tumis bahan B hingga naik bau.
Masukkan bahan C, gaul rata.
Tuangkan bahan D, kacau rata tabur sedikit gula.
Masukkan ketam, gaul dan balik-balikkan supaya rempahnya rata dan meresap. Kemudian tutup kuali.
Biarkan sehingga ketam masak dan berubah warna. Apabila kuahnya hampir pekat, Masukkan bahan E dan Kacau rata hingga kuahnya pekat. Matikan api dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi atau roti Perancis atau diratah begitu saja.

*Ketam bolih terus dimasukkan atau digoreng terlebih dulu.
Selamat mencoba.. Simple n Sedap

Friday, June 29, 2012

KAM HEONG CRAB

Ketam Kam Heong.. Siapa tu Kam Heong? Tak kisah lah, yang penting SEDAP.. 
Resepi dari buku A taste of Malaysia hadiah dari anak kzah.. thank you dear.

KAM HEONG CRAB (aziza@cutemamadeicacies)
resepi: Chef Wan
Minyak untuk menggoreng 
1 kg ketam yg besar dibersihkan dan dipotong 2
5 bawang putih dicincang 
2 sudu makan udang kering 
2 sudu makan rempah kari 
3 pelepah daun kari 
6 lada padi dibuang dan dihiris 
2 sudu makan oyster sos
1 sudu kecil lada hitam biji 
garam dan gula 


Panaskan minyak dlm kuli dan goreng tenggelam ketam 5 minit dikedua belah ketam dan angkat dan toskan. 


Dalam kuali yg lain, panaskan 3 sudu makan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga garing.masukkan rempah dan daun kari, lada padi dan biarkan tumis beberapa minit, masukkan oyster dan lada hitam, kacau sebati.


Masukkan ketam lalu dikacau rata dengan rempah. Perasa dgn garam dan gula. Selamat Makan... 


Kam Heong Crab (azizah@cutemamadelicacies) 
Cooking Oil for deep frying + 3 tbsp  
Crab, 1 kg-cleaned and halves 
Garlic 5 cloves, peeled and minced 
Dried Prawn (shrimps) 2 tbsp 
Curry Powder 2 tbsp 
Curry Leaves
Bird eye chillies 6, seeded and sliced 
Oyster sauce, 2 tbsp 
Freshly ground pepper, 1 tsp 
salt and sugar to taste 


Heat oil for deep frying in the wok, fry the crab for about 5 minutes on each side until cook, set aside.
In a clean wok, heat 3 tbsp oil and stir fry the garlic until fragrant. Add dried prawns and stir until the prawn are cooked. Add curry powder, curry leaves and bird eye chillies and stir for few more minutes. Add oyster sauce and pepper and mix well. 
Put in the crabs and mix until well coated with the sauce. Season with salt and sugar.Serve Immediately.

Sunday, February 12, 2012

BLACK PEPPER CRAB


BLACK PEPPER CRAB
1.5 kg Ketam yg besar di bersihkan

Bahan A:
2 sudu makan mentega/ marjerin
1 sudu teh minyak bijan pedas (spicy sesame oil)

Bahan B:
1-2 biji bawang besar-potong dadu
6-7 biji bawang putih dititik
Bahan C:
2 sudu mkn lada hitam ditumbuk.kasar
6 biji lada padi dipotong bulat

Bahan D:
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap cair
1 sudu maksn sos ikan
2 cawan air
Gula secukup rasa

Bahan E:
3 biji Tomato dipotong dadu

Bahan F: dibancuh
2 sudu makan tepong jagung
Setengah cawan air

Panaskan didalam kuali bahan A.
Tumis bahan B hingga naik bau.
Masukkan bahan C, gaul rata.
Tuangkan bahan D, kacau rata tabur sedikit gula.
Masukkan ketam, gaul dan balik-balikkan supaya rempahnya rata dan meresap. Kemudian tutup kuali.
Biarkan sehingga ketam masak danberubah warna. Apabila kuahnya hanpir pekat, Masukkan bahan E dan F. Kacau rata hingga kuahnya pekat. Matikan api dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi atau roti Perancis atau diratah begitu saja.

Mas/ol/12

Friday, November 25, 2011

GULAI KETAM BERNANAS


GULAI LEMAK KETAM BERSAMA NANAS
Resepi: chef Wan
Post by: azizah@ cutemamadelicacies

Ramuan:
30 tangkai lada padi
3 cm kunyit hidup di kupas
1 litre santan, terdiri daripada santan pekat dan santan cair drpd 1.5 biji kelapa.
1/2 biji nanas dibuang kulit dan dipotong lebar
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit
1 kg ketam dibersihkan dan dibelah 2.
Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk cili padi dan kunyit hingga lumat dan masukkan dalam periok bersama santan cair (sebahagian drpd 1 liter santan) dan nanas lalu didihkan selama 15 minit.
Masukkan santan pekat, asam gelugor, garam dan gula serta daun kunyit yg dikoyak koyakkan.
Setelah kuahnya mendidih, masukkan ketam, dan masak selama 5 minit.



CRAB WITH PINEAPPLE
Recipes: Chef Wan
Post by: azizah @ cutemamadelicacies

ingredients:
30 stalks bird eye chilli
3 cm turmeric
1 liter coconut milk, made ​​up of thick coconut milk out of 1.5 coconut.
1 / 2  pineapple peeled and cut
3 pieces dried tamarind
2 turmeric leaves
1 kg crabs cleaned and cut 2.
Salt and sugar to taste

Pound the chillies and turmeric until fine then add the coconut milk (1 liter) together with the pound ingredient and pineapple and simmer for 15 minutes.,add dried tamarind, salt and sugar and turmeric leaf.
Once the broth boils, add crab meat, and cook for another 5 minutes

Monday, October 3, 2011

KETAM BERCILI (CHILLI CRAB)



Aziza’s kitchen
Recepi in ENGLISH & MALAY (translated by cutemamadelicacies)

Sangat digalakkan utk menCoba.. Ketam ni memang sedap,seringkali kak zah masak utk keluarga, kak zah masak ketam ini utk tamu datang beraya pada minggu pertama, waduh banyak yang mintak resepi.. dari situ lah kak zah mula ber..blogging, setakat nk kongsi resepi. kak zah belajar dari chef berbangsa Cina..insyaAllah bnyk lagi resepi yg ada dlm simpanan akan kak za kongsi bersama.


Ketam Bercili ( cili crab)

Bahan-bahannya:
1.5 kg ketam renjung or 4 ekor ketam batu
4 ulas bawang putih di cincang

100 gm lada merah dlm 8-10 btg
20 gm lada padi (15-20 biji)
3 cm halia
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 botol sos tomato
1 botol sos cili
1500 ml air
3 steh gula
1 steh garam
1 steh perasa –optional
2 biji telor dikocok
Secukup minyak utk menumis


• Bersihkan ketam dan kopek tempurungnya. Potong 2 kemudian di goring selama 8 minit.
• Kisar lada merah, lada padi dan halia.
• Panaskan minyak dan tumis bawang putih…masukkan bahan kisar dan tumis hingga rata.
• Masukkan bawang dadu dan tumis lagi..masukkan tomato sos dan cili sos…baru masukkan air. Masak hingga kuah mendidih dan pekat.
• Masukkan ketam, (kecuali tempurung nya) dan serbuk perasa, garam dan gula. Tutup kuali dan biarkan kuahnya mendidih lagi.
• Masukkan tempurung ketam dan masak hingga pekat sedikit.
• Matikan api dan masukkan telor kocok tadi, kacau rata dan hidangkan..

In English
Crab BERCILI (chilli crab)

Ingredients:
1.5 kg of crab or 4 crabs big hard shell crab ( i dont know what is the name of that crab)
4 cloves garlic, chopped
100 gm abt 8-10 fed chilli
20 gm chilli padi (15-20 seeds).. bird eye chilli if not mistaken
3 cm ginger
1 onion, diced
1 bottle of tomato sauce
1 bottle chili sauce
1500 ml water
3 tea spoon sugar
1 tea spoon salt
1 teaspoon seasoning-optional
2 eggs beaten egg
Enough oil for sauteing


• Clean the crabs. Cut 2 then fry for 8 minutes.
• Blend the red chilli, bird eye chilli and ginger
• Heat oil and saute garlic ... add ground ingredients and stir until blended.
• Add diced onion and fry again .. add tomato sauce and chili sauce ...add water. Cook until sauce boils and thickens.
• Add the crabs, (except for his shell) and seasoning powder, salt and sugar. Close the pan and let the sauce boil again.
• add the crab shells and cook until slightly thick.
• Turn off heat and add beaten egg last, stir well and serve .

Tuesday, September 13, 2011

KETAM PEDAS BEREMPAH


Ketam Pedas Berempah

Bahan-Bahan

1 kg ketam yg banyak isi
5 biji bawang merah dihiris halus
6 btg lada merah di tumbuk
2 pelepah daun ketumbar di hiris
1 sudu makan bawang putih cincang
1 sudu makan halia yg sudah di potong spt batang mancis
2 pokok daun bawang dihiris

Bahan yg di bancuh utk kuah:
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap soya
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu kecil dark soya sos
2 sudu makan prun sos / plum sos
2 sudu makan gula
1 sudu kecil serbuk lada putih
½ mangkuk air

• Panaskan minyak dlm kuali
• Tumiskan bawang putih, halia, bawang kecil, sebentar saja hingga harum
• Masukkan lada tumbuk lalu di gaul rata
• Masukkan ketam..di balik2kan cepat lalu dituang sedikit air
• Tutup kuali dan biarkan kuahnya mereneh selama 5 minit
• Baru masukkan bahan2 bancuh utk kuah
• Bila ketam dah masak dan bertukar warna..masukkan telor
• Balik2kan lalu masukkan daun bawang..bila rata dah masak dimatikan api
• Semasa menghidang, taburkan daun ketumbar

Sources: unknown (taken from my own recepi file)

Friday, August 12, 2011

SWEET SOUR CILI CRAB


Sweet Sour Cili Crab
Bahan-Bahan
1½ kg ketam renjong/bunga
(kukuskan sebentar, kira-kira 5 minit)

3 biji bawang besar
1 inci halia
6 ulas bawang putih
2 batang cili merah
10 batang cili padi
1½ cawan cili kering kisar
(kisar semua bahan2 di atas ini)

2 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dititik)
½ biji bawang besar (dihiris, utk ditumis)

3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka..optional
3-4 sudu besar gula pasir
1 susu kecil minyak bijan
garam secukup rasa
3- 4 cawan air

¾ cawan minyak masak (utk menumis)
4 biji telur (dikocok sebentar)
sedikit bawang goreng, daun sup/bawang (utk hiasan)

Peraturan :

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar.

2) Masukkan pula bahan2 kisar bersama serai dan lengkuas titik. Tumis hingga garing dan naik baunya. Kalau perlu bubuh sedikit air dari sukatan air yg diberi tadi.

3) Setelah itu, masukkan pula sos tiram, sos abalone, kicap cair, sos cili, sos tomato, cuka, gula, garam dan lebihan air tadi. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Akhir sekali, masukkan minyak bijan.

4) Kemudian, siramkan telur yg dah dikocok tadi ke atas kuah ketam ini dan biarkan sebentar shingga telur ‘keras’ sedikit. Setelah itu, gaul rata-rata.

5) Bila dihidangkan, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup/bawang hiris.

Nota:
Kalau kuahnya cair, anda boleh ambil 2 sudu besar tpg jagung dan larutkan dlm ½ cawan air. Kemudian tuang ke dalam kuah ketam tadi dan ratakan. Kuahnya akan pekat.