Showing posts with label APPERTISER. Show all posts
Showing posts with label APPERTISER. Show all posts

Thursday, June 1, 2017

Murtabak kulit Popiah




Murtabak kulit popiah
Resepi: Tiffin Biru

BAHAN-BAHANNYA :-)

450 g daging lembu cincang
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar, didadu
1 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Kulit popia secukupnya
1 biji bawang besar, hiris nipis*
5 camca besar cuka makan*
3-4 camca teh gula*
Secubit garam*
2 camca besar cili sos*
Sedikit pewarna makanan merah*(*disatukan, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (nak sedap tambah 1 camca teh minyak sapi). Tumis bahan2 tumbuk, tomato puree, bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan rempah kari dan rempah kurma, gaul rata dan masukkan sedikit air, kacau rata dan masukkan daging. Tuang baki air dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, gaul rata dan masak hingga kering. Angkat dan sejukkan. Bagi kepada 3 bahagian sama banyak.
  2. Siapkan frying pan, tuang sedikit minyak dan ratakan. Ambil satu bahagian inti dan gaul bersama 1 biji telur hingga rata. Bentang 1 keping kulit popia, sudukan 1 1/2 camca teh inti dan lipat kulit popia tadi menjadi 4 persegi. Alih ke dalam frying pan tadi. Buat lagi dan ulang proses ini hingga siap.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dibalik2kan sekali sekala hingga kuning keemasa. Angkat dan hidangkan bersama bawang jeruk sebagai pembuka selera. Selamat mencuba untuk semua....

CRISPY CRAB STICK

Crispy Crab Stick




KEREPEK JEJARI KETAM
Resipi asal : Kak Jamayah Bujang


Bahannnya :
  • Sebungkus crabstick - dicarik2 halus @ kalau rajin jemurkan dulu
  • 1/2paket serbuk kari (adabi - khas utk ketam & udang) - pilihan
  • Serbuk lada sulah - ikut kepedasan yg dikehendaki
  • Minyak untuk menggoreng
  • Daun kari secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Carik2kan crabstick halus2.
  2. Gaulkan crabstick dengan sedikit serbuk kari dan lada sulah serta daun kari.
  3. Kalau rajin dan banyak masa terluang, boleh lah jemur dahulu.
  4. Goreng crabstick dalam minyak yang sederhana apinya sahingga kekuninggan.
  5. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara bila sejuk.

Thursday, July 26, 2012

GORENG PISANG


Goreng Pisang 
azizah@cutemamadelicacies
Kebanyakkan kuih muih bergoreng spt pisang, keladi dan keledek goreng amat mudah dihasilkan dirumah. Bahan utama utk sebarang kuih bergoreng tentulah baternya. Perkara yg paling penting adalah kepanasan minyak apabila menggoreng. Jika minyak tidak cukup panas, minyaknya meresap kedlm tepong. Hasilnya bahan gorengan tidak rangup dan terlalu berminyak. Pastikan pisang yg hendak digoreng itu cukup masak. Elakkan menggunakan pisang yg terlalu ranum kerana ia mengeluarkan air apabila digoreng dan air ini menyebabkan gorengan 'makan minyak'.
Ayuh salin Resepi bater utk menghasilkan gorengan yg sempurna yg kzah ambil dari Berita Minggu oleh Puan Alijah Batcha. 



Bahan: 
2 cawan tepung beras 
1 cawan tepung gandum 
5 sudu besar santan kotak 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1 biji telor saiz kecil 
air dan garam secukupnya 
2 sudu besar minyak atau marjerin cair yg dibiarkan sejuk terlebih dulu. 
sedioit pewarna kuning 
minyak secukupnya utk menggoreng
Satukan semua bahan dlm mangkuk besar kecuali air dan minyak.
Tambah air secukupnya.
Masukkan 2 sudu makan minyak dan kacau rata.
Celop pisang yg sudah di potong dan goreng berendam hingga kuning keemasan.
*bater ini bolih digunakan utk menggoreng ubi, keledek, sukun dll.
Selamat mencoba!!!

Friday, October 21, 2011

ROTI ARAB



Kak Zah buat setengah adunan, dpt 12 bebola. Kak za perap lebih dari 1 jam kerana tunggu anak2 dan hubby balik baru kak za goreng. Kak Zah bimbang juga takut2 tak gelembung kerana simpan lama, Alhamdulillah, gelembung tembam jadinya. Roti Arab ini kita makan dgn Kari versi cutemama. SEDAP. Tinjau rumah Home creation tergerak hati nak mencoba. Terima kasih Sofinar dan  Roz..

Click di sini untuk link ke Kari Ayam.

ROTI ARAB
by: azizah@cutemamadelicacies
oleh:sofinar@myresipi.com
sumber:  Roz@HomeKreation

 Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yeast
500g tepong gandum

Cara-cara

Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
Tepung di gaul dengan yeast
Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
Perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging





INGREDIENTS:
2 tablespoon Butter
2 tablespoon Oil
2 tablespoon Sugar
300 ml Warm Water
6 gm Instant Yeast
500 gm Flour

METHOD:
 Mix butter, oil, sugar & warm water.
 Add Flour that had been mix with yeast earlier
 Mix all and knead until smooth.
 Leave dough to rest in a covered bowl for 1 hour.
 Knead the dough  divide into 18 balls (depend on the size you want)
 Roll each flat for about 0.4 cm thick on the plastic
 Deep fry the dough in hot oil until puffed up.
Served with curry / sambal  etc..  for Curry resepi pls click here



Monday, October 17, 2011

UDANG TEMPURANO AND STRAWBERRY CHILLI SAUCE



UDANG TEMPURANO

Tempurano?.. Hehe Tempura + Eno
Resepi instant dan santai ini amat senang dibuat bagi yang ada menyimpan tepong tempura dan eno.
kak zah ada stok tepong tempura 'Bistari' kak zah hanya ikut sukatan di belakang paket itu.

Ini cara kak za:
150 gm tepong tempura
150 gm air dalam fridge
suku sudu kecil rata Eno. (kak za gunakan measuring spoon)
Bancuh tempura dan air hingga rata. Bila hendak mengoreng baru masukkan Eno..dikacau rata.
Celop udang pada tepong dengan memegang ekornya saja, disalut tebal2 dan digoreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.

*Udang dibersihkan, dibuang kulit dan kepala kecuali ekornya.Adunan di atas ini kak zah dapat dalam 20 ekor.Terpulang size udang dan ketebalan salutan tepong.

**tepong tempura selalunya sudah dibubuh garan dan eno pun ada garam, jika terlebih eno akan masin tepongadunan.









STRAWBERRY CHILLI SAUCE


Strawberry Chilli Sauce
12 sudu makan sos cili
12 sudu makan lada kisar
8 sudu makan jem strawberry dihancurkan dulu
8 sudu makan sos tomato
8 sudu makan gula pasir halus
2 sudu teh garam
200 ml air

Satukan semua bahan dan dimasak hingga mendidih.. sesuaikan rasa dengan selera sendiri. Ini sebagai panduan saja.

Sunday, October 16, 2011

UDANG GORENG BERSALUT TEPONG

UDANG GORENG BERSALUT TEPONG (eno)



Udang Goreng Bersalut Tepong
http://syurie.blogspot.com/search/label/Udang
Bahan-bahan:
20 ekor udang dibersihkan dibuang kulit kecuali bahagian ekornya. Bolih juga gunakan sotong.
3 sudu makan (bumbung) tepong gandum.( kak za gunakan 60 gm)
1 sudu makan (bumbung) tepong beras ( kak za gunakan 20 gm )
100 ml air
garam secukup rasa
1/2 sudu teh eno ( biru)

Masukkan tepong gandum dan tepong beras ke dalam mangkuk besar.
Masukkan sedikit garam dan 100 ml air. kacau adunan hingga sebati.
( ia akan kelihatan agak pekat)
Masukkan batter kedlm peti sejuk seketika sehingga mahu digunakan.
Keluarkan batter dari peti sejuk dan masukkan Eno.
Kacau sebati sehingga adunan nampak seakan berbuih buih kecil dan adunan ringan.
Panaskan minyak, celop udang ke dalam batter kecuali bahagian ekor.
Dicelop rata hingga agak tebal disaluti tepong dan goreng terendam hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan.Hidang bersama sos kegemaran anda.