Thursday, June 1, 2017

Murtabak kulit Popiah




Murtabak kulit popiah
Rezeki: Tiffin Biru

BAHAN-BAHANNYA :-)

450 g daging lembu cincang
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar, didadu
1 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Kulit popia secukupnya
1 biji bawang besar, hiris nipis*
5 camca besar cuka makan*
3-4 camca teh gula*
Secubit garam*
2 camca besar cili sos*
Sedikit pewarna makanan merah*(*disatukan, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (nak sedap tambah 1 camca teh minyak sapi). Tumis bahan2 tumbuk, tomato puree, bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan rempah kari dan rempah kurma, gaul rata dan masukkan sedikit air, kacau rata dan masukkan daging. Tuang baki air dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, gaul rata dan masak hingga kering. Angkat dan sejukkan. Bagi kepada 3 bahagian sama banyak.
  2. Siapkan frying pan, tuang sedikit minyak dan ratakan. Ambil satu bahagian inti dan gaul bersama 1 biji telur hingga rata. Bentang 1 keping kulit popia, sudukan 1 1/2 camca teh inti dan lipat kulit popia tadi menjadi 4 persegi. Alih ke dalam frying pan tadi. Buat lagi dan ulang proses ini hingga siap.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dibalik2kan sekali sekala hingga kuning keemasa. Angkat dan hidangkan bersama bawang jeruk sebagai pembuka selera. Selamat mencuba untuk semua....

No comments:

Post a Comment

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.