Mencantikkan Sayur Yang Telah Di Celur
Kaum ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan makanan sayur untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan sayur tersebut, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih barulah dimasukkan sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan enak dimakan
Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.
Pelbagai Cara Simpan Daun Herba
Kebanyakan orang gemar menggunakan pelbagai daunan (tergolong di dalam daun herba seperti daun saderi, daun bawang, daun pudina, daun basil dan daun ketumbar). Selain mungkin gemarkan rasanya, daun herba juga bagus untuk kesihatan. Bagi mereka yang mungkin sedang diet atau mahu mengurangkan garam di dalam masakan, boleh memasukkan dedaunan ini di dalam masakan. Bagi memudahkan anda memasak, ada baiknya anda menanam sendiri pohon-pohon herba. Namun anda masih boleh menyimpannya dengan pelbagai cara.
Mencuci Sayuran Yang Kotor
Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.
Menghilangkan Pahit Peria
Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya Allah, mesti berkesan.
Menghilangkan Rasa Pahit Pada Sayur Peria
Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 - 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.
Merangupkan Acar Mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.
Merangupkan Timun Acar
Ambil sedikit kapur sirih, masukkkan ke dalam bekas yang berisi air dan gaulkan. Masukkkan timun yang hendak dibuat acar tadi. Rendam semalaman barulah masak. Anda akan dapat rasa timun yang ranggup dan enak. Selamat mencuba.
Tauge Segar
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.
Taugeh Tahan Lama
Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais.
Elakkan Terung Menjadi Hitam Apabila Sudah Dipotong
Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh.
Elak Sayur Keladi Gatal Apabila Dimakan
Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti.
Hilangkan Lendir Bendi
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.
No comments:
Post a Comment