Sunday, February 26, 2012

APAM ANIKA RASA

 Azizah's Kitchen

Apam Anika Rasa
Bahan A:
2 biji telor ayam
250 gm gula
1 sudu teh ovelette
1 sudu teh baking powder 
Bahan B:
320 gm tepong gandum
2 sudu makan susu manis
200 gm air paip sejuk
Bahan C:
1 sudu mkn chocolate emulco + sedikit warna chocolate
1 sudu makan perasa strawberry + sedikit warna merah ceri 

Warna plain kzah bubuh sedikit fruit essence (optional)


Bahan A di satukan dan dipukul dgn mesin kuih hingga sebati.
Masukkan B kedlm A yg pekat tadi. Perlahan bergilir-gilir masukkan tepung, susu dan air hingga habis.
Adunan dibahagi kpd 3. Bahagian 1 di bubuh chocolate emulco + warna cokelat. Bahagian 2 di bubuh perasa strawberry + warna merah ceri. Warna plain dibubur fruit essence. (optional)
Panaskan kukusan.. Masukkan paper cup dlm mangkuk apam yg kecil. Letakkan sedikit adunan dlm mangkuk, masukkan sedikit inti kelapa ditengahnya dan bubuh 3 warna diatasnya dlm 1 mangkuk dan kukus hingga masak (15 minit )
Bolih juga dimakan bersama kelapa parut putih yg di kukus dan dibubuh sedikit garam jika tidak bubuh inti dlm apam.

Bahan Inti:
240 gm kelapa parut putih
120 gm gula melaka
30 gm gula pasir
60 ml air
1smkn tepong jagung
2 helai daun pandan
Semua bahan inti kecuali kelapa dimasak hingg mendidih dgn api yg kecil. Bila mendidih baru masukkan kelapa. Kacau rata. Masak dgn api yg sederhana hingga kering.

No comments:

Post a Comment

Fish