Thursday, February 28, 2019

Sambal Tumis


Sambal Tumis
Bolih di makan dgn Nasi Lemak,
Pelbagai kan tarok udang, telor, ikan bilis

Bahan bahan:
250 gram ikan bilis
1 kg minyak masak – guna separuh dan ditambah sedikit sedikit
160 gram cili kering – rebus dan kisar
1-2 keping gula Melaka
Gula secukupnya
2 keping asam keping – atau secukup rasa
Garam
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit aji no moto – jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland – hiris

Bahan kisar:
1 kg bawang merah
100 gram/15 ulas bawang putih – opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi. Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya ianya perisa dan sebati.

Boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih sebati dan lagi power. Masukkan daun pandan

Masukkan cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat.

Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga ianya benar benar masak.

Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi.

Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa.

Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa apa rasa yang kurang.

Nota:
Sambal dimasak semalaman lebih awal, lagi sedap.
Selepas diangkat, bolehlah disendukkan keluar minyak yang berlebihan dalam sambal.

3 comments: