Tuesday, December 13, 2011

SARANAN UNTUK MEMEKATKAN SUP


azizah@cutemamadelicacies
SARANAN UNTUK MEMEKATKAN SUP



RAMAI berpendapat bahawa sup adalah makanan paling enak dihidangkan ketika cuaca panas. 
Namun sebenarnya, sup dan stew yang panas juga boleh dijadikan hidangan menyelerakan semasa musim hujan.
Terdapat banyak produk dalam pasaran yang boleh digunakan untuk memekatkan sup dan menambah kelazatannya.
Lazimnya produk ini mengandungi kadar garam dan perasa tiruan yang tinggi. Lantas sup yang anda anggap sebagai makanan ringan boleh berubah menjadi makanan yang tidak baik untuk kesihatan.
Kebanyakan orang menggunakan tepung gandum biasa untuk memekatkan sup dan sup pekat mereka. Tetapi ia tidak memberikan rasa yang lazat, sebaliknya tepung tadi akan menjadikan sup terasa seperti kuah kanji saja.
Berikut adalah beberapa saranan yang boleh anda cuba untuk memekatkan sup anda: 
Gunakan secukup tepung lentil (sejenis dal) atau kacang pis yang boleh dibeli dari kedai-kedai menjual makanan sihat

Campurkan bahan ini dengan sedikit air untuk dijadikan pes, kemudian tambahkan air sedikit-sedikit hingga ia cair dan masukkan ke dalam sup sambil kacau agar ia tidak bergentel. Renehkan sup anda hingga mendidih. Seperti tepung lain, sebaiknya anda gunakan bahan ini secukupnya supaya sup anda tidak terlalu pekat.**Jika sup anda jenis merah, anda boleh gunakan pes tomato untuk memekatkannya. Pes tomato juga boleh menambahkan rasa enak sup anda.

Anda juga boleh gunakan sayur-sayuran yang dicencang hingga lumat dan campurkan ia dengan segenggam lentil atau barli bagi tujuan yang sama. 
Bagaimanapun bijirin ini hendaklah direbus bersama-sama daging di peringkat awal memasak sup supaya ia benar-benar empuk. 
Jika anda tidak suka kekacang atau bijirin, gantikan ia dengan kentang rebus yang sudah dilecek hingga lumat atau gunakan saja tepung kentang. Tentu sup anda akan terasa lebih lemak dan enak.

Sesudu besar mentega kacang yang dicampurkan ke dalam sup bukan saja boleh memekatkannya malah meningkatkan lagi rasanya. 
Sumber Dari: Berita Harian

No comments:

Post a Comment