Thursday, December 22, 2011

AYAM SHOSHA SPECIAL


resepi ini kzah salin dari rancangan radio "pesta perut" tahun 2008 yg dikelolakan puan Asmah Laili. semenjak itu kzah sering masak lauk ini utk keluarga atau kenduri. 

Ayam Shosha Special
Bahan-Bahan

1 ekor ayam, buang kulit dan segala lemaknya dan potong 12(Lumurkan ayam dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng lembab ½ masak di ketepikan)

Bahan A:
½ jari kayu manis

5 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Bahan B:
3 sudu makan lada kering kisar


Bahan C:dikisar halus
½ jari halia
5 biji bawang putih 
10 biji bawang merah


Bahan D:
½ sudu teh kunyit serbuk


Bahan E:
1 tin kecil tomato puree
½ cawan tomato sos


Bahan F:
setengah cawan air asam..jgn terlalu pekat

Bahan G:
2 biji tomato dibelah 4


Sedikit minyak dan garam
½ cawan hirisan daun pudina
½ cawan hirisan daun ketumbar
Sedikit madu atau gula pasir
1 biji tomato, dihiris untuk hiasan
½ kg bawang kecil, dijadikan bawang goreng
½ cawan kismis digoreng dan diketepikan
½ cawan gajus, digoreng dengan sedikit minyak
Sedikit kacang peas untuk tabur








Cara Cara
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga wangi. 
Masukkan bahan B, dan tumis lagi hingga garing. 
Masukkan bahan C tumis hingga garing. Barulah dimasukkan bahan D,E Kacau rata sehingga cantik warnanya.
Barulah dimasukkan 3/4 bahagian daun ketumbar dan daun pudina.(tinggalkan sdikit utk tabur)
Masukkan F dan G, madu dan sedikit garam. Tuang sedikit air. Masaklah sehingga sedikit pekat. Masukkan kismis goreng, gaul rata,masukkan pula bawang goreng.Gaul sehingga rata.
Barulah dimasukkan ayam goreng.Gaul supaya ayam dan rempah bergaul rata.
Biarkan mendidih sehingga ayamnya empuk dan lembut.Masak lama sedikit, supaya rempahnya meresap.Bila ayamnya sudah masak barulah dimasukkan gajus goreng.
Gaul sampai rata.Semasa menghidang, tabur hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.Enak disajikan dengan Nasi Minyak mahu pun Nasi Beriani.Sebaik-baiknya masak hari ini,dan hidangkan pada keesokkan hari. 


*jika menggunakan daging, tidak perlu di goreng dulu, cuma perap dgn bahan-bahan kisar.



 
 since 2008 kzah often cook this dish for family or feast. i copy this recipe from radio 94.2 fm

Special Chicken Shosha
1 chicken abt 1.5kg, remove skin and all fat and cut into 12 (marinate with little turmeric and salt and fry ½ cook, set aside) 

Ingredient A:
1 Cinnamon 
5 cardamom 
3 cloves 

Ingredient B:
3 tablespoons dried chilli already grind

Ingredient C: grind finely
2½ cm ginger
5 cloves garlic
10 pieces of red onion

Ingredient D:
½ tsp turmeric powder 

Ingredient E: 
1 small can tomato puree
 ½ cup tomato sauce 

Ingredient F:
half a cup of tamarind water .. not too thick 
Ingredient G:
2 tomatoes cut 4  


*oil and salt 
½ cup shredded mint leaves
 ½ cup sliced ​​coriander leaves 
honey or sugar
1 tomato, sliced ​​for garnish 
½ cup fried onion
½ cup raisins fried and set aside
½ cup cashews, fried with a little oil. 
green  peas the in can 

Heat a little oil and fry ingredients A until fragrant. 

Add ingredient B, and fry again until crisp.Pour C stir-fry. 
Then put in ingredient D, E Stir until fragrant. 
Then put 3/4 coriander and mint leaves. (Leave 1/4 of each leaves for garnishing)
Add F and G, honey and a pinch of salt. Pour a little water. Cook until slightly thickened. 
Add the fried raisins, mix well, and include the fried onion..blended well. 
Then throw in the chicken..mix thoroughly add fried cashew nuts.
When serving, sprinkle shredded mint / coriander leaves, sliced ​​tomatoes served with any rice, Better still if you cook, and serve the next day to get the chicken well blended with the spices.

* If using beef, mutton,  just marinate with blended ingredients.only chicken need to fry first.


No comments:

Post a Comment