Wednesday, December 7, 2011

ACAR RINGKAS

ACAR RINGKAS (azizah@cutemamadelicacies)

Bahan-bahan

  • 1 biji nanas
  • 4 biji lada merah ( Jika suka pedas tambahkan cili api )
  • 1 biji timun ( dihiris atau potong kecil-kecil dan rendam dalam air kapur).
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Kupas nanas, basuh dan potong kecil lalu masukkan dalam mangkuk besar.
  2. Potong nipis bawang besar, lada merah dan masukkan dalam nanas tadi.
  3. Toskan timun basuh dan masukkan dalam mangkuk tadi.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang bersama nasi tomato, minyak dll.. 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget