Sunday, December 4, 2011

CRISPY ONION RING 2


Onion ring ni tersangatlah rangup dan sentiasa rangup walaupun dah sejuk. Walaupun bawangnya lembut bila dah sejuk, ia akan jadi berair...tapi tepungnya tetap rangup. Batternya memang kena betul2 sejuk (keluar dari fridge) baru celop bawang. baru crispynya tahan lama. Jangan lupa buang selaput bawang.

Crispy Onion Rings
resepi : DJ@dapurkusayang (10q)
azizah@cutemamadelicacies
bahan-bahan :
  • Bawang Holland secukupnya (dipotong bulat)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (kzah gunakan 150 gm)
  • 3/4 cawan air sejuk dari peti ais (kzah gunakan 170 gm)
  • sedikit lada sulah
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara :
  1. Satukan kesemua bahan kecuali bawang ke dalam mangkuk dan sebatikan. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
  2. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas.
  3. Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah sehingga keemasan. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos cili. Sangat enak dimakan pada bila-bila masa sahaja.
***Jika adunan/batter kurang pekat, sila tambah tepung. 


This Onion Ring is always crisp and crunchy even when cold. 
note:Batter must cold (out of the fridge) dip the onion, then fry, you will get crispy onion ring even when the onion ring is cold.

Crispy Onion Rings
recipe: DJ @ dapurkusayang (10q)
azizah @ cutemamadelicacies

Ingredient:
     Holland onion cut round
     1 cup self-rising flour (i use 150 gm)
     3 / 4 cup cold water from the fridge (i use 170 gm)
     dash of pepper
     salt and sugar

Method:
Combine all ingredients except onions into a bowl and mix well. Then store it in the fridge for 15-20 minutes. Heat enough oil to fry submerged. Make sure the oil is hot enough. Dip onion into cold batter mixture and fry until golden. Drain.Serve with chilli sauce. Very good food at any time.

*** If the dough / batter is less concentrated, please add the flour
.

2 comments:

  1. Assalam kak zah..onion rings ni kita pun pernah buat tapi recipe dari kak fida kat myr..dah lama dah kita buat..memang crispy kena makan time panas2 baru sedap..buat for snacking sekejap dah habis..hehe

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam ayu.. kfida punya resepi kena mkn on the spot. lambat sikit da lembut. the 2nd resepi fr dayang garing walaupun da sejuk dan bahan nya tk banyak.

    ReplyDelete