Tuesday, February 21, 2012

MI BAKSO

 Resepi Mi yang mudah dimasak dan sedap dimakan. bebola  daging  kzah beli yang instant..tu yang dikatakan mudah dimasak. 

MI BAKSO (Aziza's Kitchen@cutemamadelicacies) 
resepi : buku masak Mintak Ampun Sedapnya
oleh: Hjh Saodah Mohd Salleh

bahan:
500 gm mihun atau mi kuning yang kerinting 
1 kg bebola daging (beef ball) dicelor sebentar 
4 biji bawag putih dicincang halus 
4 biji bawang merah dicincang halus 
sedikit hirisan daun sop dan daun bawang utk tabur 
1/2 cawan bawang goreng
500 gm sawi dicuci dan dipotong sejari panjang 
1kuib pati ikan bilis 
1 kuib pati daging 
1 sudu teh lada putih 
3 mangkuk air 
1/4 sudu teh gula pasir 
garam secukup rasa 


bahan sambal kicap:dikisar halus 
segengam lada padi 
2 biji bawang putih 
1/2 cawan kicap manis 
garam dan gula secukup rasa 
sedikit air masak putih 

Cara: Mi direbus dgn air dan sedikit minyak sehingga lembut. Kemudian tos dan digaul dgn sedikit lagi minyak    supaya tidak melekat. Sawi dicelor dan ditoskan. Ketepikan kedua-dua bahan ini. 


Didlm periok yg lain, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Tuang 3 mangkuk air, kuib ikan, kuib daging, garam, gula. Jika airnya kurang. tambah. Masak sehingga mendidih. Setelah itu, masukkan pula bebola daging. Biarkan mendidih lagi. Baru matikan api. 


Cara Menghidang: Masukkan Mi kedlm mangkuk. Hias sawi diatasnya. Tuang secukup sup serta bebola daging. Taburkan dgn hirisan daun sup/bawang serta bawang goreng. Enak sekali dilawankan dgn sambal kicap.

No comments:

Post a Comment

Fish