Wednesday, November 23, 2011

MI GORENG SIMPLE (cmg)

Sarapan pagi minggu yang lalu dengan Mi.. kebetulan ada mi dan bahan2 dirumah, trus selongkar blog yang fames CMG.. jgn marah che mat, kzah namakan Mi Goreng Simple sebab tak de stok kerang, tahu dan fish cake. Walaupun simple ia tetap sedap. Izinkan kzah C&P disini ye.. 10q CMG

 Mi Goreng Simple (cmg)
 dari dapur: CMG 
klik pada sini resepi asal CMG
posted by: azizah@cutemamadelicacies


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning
20 ekor udang saiz sederhana
1 genggam isi kerang (tak ada stok)
1 keping fish cake, hiris
2 genggam taugeh
1/2 cekak kuchai, hiris ( kzah potong 1")
2 biji telur, dibuat telur hancur (scramble egg)
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
1 cawan air
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, didadu
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan halus kuchai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mi kuning dicuci, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat, kacau rata. Tambah udang, kerang, telur, fish cake dan tauhu. Kacau dan tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan mi dan gaul rata. Tambah kuchai, tomato dan taugeh, gaul dan renjiskan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan kuchai dan cili merah sebelum dihidangkan panas2...

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget