Thursday, October 13, 2011

LALA MASAK HALIA BERLADA


Lala/ Kejing masak halia berlada
by azizah@cutemamadelicacies

1 kg lala/ kejing di cuci dibersih dan ditoskan.
1.5cm halia dihiris halus
3 biji bawang putih dicincang
2 sudu makan lada yg sudah dikisar
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tomato puree
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Setengah sudu teh lada putih serbuk
1 sudu teh tepong jagung
1 sudu makan gula
4 helai daun bawang dihiris
1 biji telor dikocok
Garam dan serbuk perasa

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia. Masukkan lada kisar, biar wangi masukkan tomato puree, kicap, gula, lada putih, sos tiram, minyak bijan, garam dan perasa.. Kacau biar rata.
Masukkan lala/ kejing, gaul rata dan tutup kuali selama 15 minit.
Buka semula kuali dan masukkan telor dan tepong jagung yg sudah di bancuh dgn sedikit air.
Taburkan daun bawang dan siap utk dihidangkan


No comments:

Post a Comment

Fish