Saturday, February 16, 2013

KUMA-KUMA REMPAH TERMAHAL DAN BERKHASIAT

cutemamadelicacies
DI KALANGAN masyarakat Melayu, ia dikenali sebagai kuma-kuma. Di kalangan orang Arab pula, ia dikenali sebagai za'faran.
Bagaimanapun, umum menyebutnya saffron.
Walau apa pun namanya, kuma-kuma sering digunakan dalam masakan orang di Timur Tengah dan Asia Barat. 
Di Singapura, kuma-kuma sering digunakan dalam masakan beriani.
Sebenarnya, kuma-kuma berasal daripada bunga crocus sativa. Bunga ini mempunyai tiga kepala putik atau stigma dan bahagian tangkai bunga yang menghubungkan stigma dengan bahagian bunga paling dalam inilah yang sering dikeringkan dan digunakan sebagai bahan pewarna dalam makanan. 
Bahagian inilah disebut saffron.
Tanaman kuma-kuma berasal dari barat daya Asia. Ia tergolong dalam jenis rempah-ratus masakan yang paling tinggi harganya.
Oleh kerana pahit, kuma-kuma tidak boleh digunakan terlalu banyak.
Warna kuning dalam kuma-kuma adalah disebabkan kandungan bahan bernama crocin iaitu bahan pewarna.
Pokok kuma-kuma merupakan tumbuhan tahunan yang berbunga semasa musim gugur.
Bunga kuma-kuma yang berwarna ungu tidak menghasilkan biji kerana 'mandul' dan reproduksi tanaman bergantung kepada bantuan manusia.
Pembiakan dilakukan melalui umbisinya.
Kuma-kuma berbunga dalam Oktober.
Ia dikatakan mempunyai nilai perubatan yang baik. Ia juga dikatakan boleh membantu mengatasi masalah tekanan jika diminum.
Pahlawan Iskandar Zulkarnain dikatakan pernah mencampurkan kuma-kuma ke dalam makanan, minuman hingga kepada air mandiannya dan ubat luka semasa berperang.
Antara negara pengeluar kuma-kuma yang terbaik ialah Iran, Sepanyol, India, Azerbaijan, Maghribi dan juga Italy. -- Internet.

Thursday, February 14, 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING


SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
resepi: azizah@cutemamadelicacies

1 kg sotong kembang (2 ekor) dibersihkan, dipotong ikut suka, direbos dengan air mendidih secukupnya hingga empok lalu diangkat dan toskan.
25 gm asam jawa diramas dgn air menjadikan setengah cawan air asam

minyak utk menumis

bahan-bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2" belacan (20 gm)
lada yang sudah kisar anggaran 250 gm

 secukup rasa garam, gula ikut suka ( kzah gunakan 3 smkn gula pasir + 2 smkn gula tanjung)
dan perasa (optional)


Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
Masukkan gula lalu dikacau rata.
Masukkan sotong dan dimasak hingga pekat sedikit.
Masukkan garam, air asam, perasa dan dikacau rata.
Masak hingga kering sedikit.

**jika suka boleh masukkan kacang tanah yg sudah di sangar dan ditumbuk

Friday, February 8, 2013

SAYUR-SAYURAN..TIP/INFO


posted by: azizah@cutemamadelicacies 

Mengekalkan Warna Sayur Hijau
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain

Mencantikkan Sayur Yang Telah Di Celur
Kaum ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan makanan sayur untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan sayur tersebut, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih barulah dimasukkan sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan enak dimakan


Menyegarkan Kembali Sayur

Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.



Pelbagai Cara Simpan Daun Herba

Kebanyakan orang gemar menggunakan pelbagai daunan (tergolong di dalam daun herba seperti daun saderi, daun bawang, daun pudina, daun basil dan daun ketumbar). Selain mungkin gemarkan rasanya, daun herba juga bagus untuk kesihatan. Bagi mereka yang mungkin sedang diet atau mahu mengurangkan garam di dalam masakan, boleh memasukkan dedaunan ini di dalam masakan. Bagi memudahkan anda memasak, ada baiknya anda menanam sendiri pohon-pohon herba. Namun anda masih boleh menyimpannya dengan pelbagai cara.


Mencuci Sayuran Yang Kotor

Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi. 

Menghilangkan Pahit Peria

Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya Allah, mesti berkesan.

Menghilangkan Rasa Pahit Pada Sayur Peria

Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 - 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.

Merangupkan Acar Mentimun

Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Merangupkan Timun Acar

Ambil sedikit kapur sirih, masukkkan ke dalam bekas yang berisi air dan gaulkan. Masukkkan timun yang hendak dibuat acar tadi. Rendam semalaman barulah masak. Anda akan dapat rasa timun yang ranggup dan enak. Selamat mencuba.
 
Tauge Segar

Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam. 

Taugeh Tahan Lama

Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais.

Elakkan Terung Menjadi Hitam Apabila Sudah Dipotong

Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh. 

Elak Sayur Keladi Gatal Apabila Dimakan

Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti. 

Hilangkan Lendir Bendi

Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta. 



Tuesday, February 5, 2013

TERONG GRILL TOMYAM

azizah@cutemamadelicacies
 Terong grill bersama tomyam sangat sedap:



2 batang terong sederhana
Bahan A : dihiris halus
5 biji bawang merah 
3 biji bawang putih
1 sudu makan lada kisar 
1 sudu makan pes tomyam 
Setengah sudu teh gula 
Suku cawan air 
Hiriaan daun ketumbar
 

Minyak utk menumis

Terong dibelah 2. Jika besar, terung itu dikerat beberapa bahagian. Cuci dan toskan. 
Panaskan kuali non stick.. Panggang terong hingga lembut. Angkat dan susun dlm pinggan lalu diketepikan. 
Panaskan sedikiy minyak dalam kuali, tumis A hingga wangi. 
Masukkan lada kisar dan tumis hingga garing. Tambah pes tomyam.. Masak sekejap dan tuangkan air lalu dikacau rata. 

Bila pekat, masukkan gula dan setengah bahagian daun ketumbar. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang sambal atas 
terung dan tabur baki daun ketumbar.
sumber CMGhttp://www.tiffinbiru.com/2012/03/terung-grill-bersambal-tomyam.html