Sunday, November 27, 2011

MEE SUA GORENG


Mee Sua Goreng
Resepi: Zaleha Osman
Buku: Mintak Ampun Sedapnya
Oleh: azizah@cutemamadelicacies

Bahan:
350 gm mee sua
2 biji telor
3 biji bawang putih dicincang
100 gm taugeh
200 gm udang hidup
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan light soya sos
1/2 sudu teh lada putih
1 sudu makan minyak bijan

Bahan hiris:
2 biji bawang besar
3 biji lada merah
200 gm kobis panjang
25 gm lobak
25 gm daun bawang



Bersihkan udang, buang kulitnya dan tinggalkan ekornya saja. Goreng udang dgn sedikit minyak sampai masak. Angkat, minyaknya utk menumis.
Mee sua di gorengsebentar dgn minyak yg banyak sehingga garing sedikit.
Keluarkan dari kuali dan celorkan.dgn.air.panas.mendidih. Apabila mee lembut, keluarkan dan toskan.mee nya.
Panaskan minyak bekas goreng udang didalam kuali.
Tumis bawang putih cincang sebentar.
Masukkan telor dan kacau kacau. Masukkan hirisan sayur dan kacau hingga rata.
Masukkan mee sua, sos tiram, light soy sos, minyak bijan, lada putih dan udang. Balik balikkan hingga rata dan masak. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan hias ditepinya dgn hirisan lettuce jika suka



4 comments:

  1. Mee sua, kalau digoreng begini, memang sedap.

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. tak mudah putus2 macam mi hoon. Banyak kacau mi hoon nya hancur.

    ReplyDelete
  3. resepi baru ni. menariknya. tq azizah .... nanti hanim cuba yer ...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Hanim kerana sudi singgah didapur kzah. Cubalah, memang sedap

    ReplyDelete

Fish