Wednesday, October 26, 2011

TELOR DHAL MASAK LEMAK

TELOR, DHAL MASAK LEMAK


mana satu yang betul? Telor,dhal masak lemak, Dhal masak lemak telor, atau Lemak Dhal telor? hehehe
azizah@cutemamadelicacies
TELOR, DHAL MASAK LEMAK
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan kacang dhal, rendam
3 biji kentang, kupas, potong 4-6 dan rendam
1/2 inc halia*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
4 biji telor
1 inci kunyit basah
1 cawan santan
1 kuib pati ikan bilis / ayam
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS DARAT :-)
1/2 biji bawang besar, hiris
2 tangkai daun kari, ambil daun nya
3 tangkai cili kering, potong serong 3-4
1/2 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Rebus kacang dhal hingga lembut, masukkan kentang dan biar hingga kentang empuk. Masukkan bahan2 tumbuk halus, serbuk kunyit dan santan. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
2.Perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah. Biar hingga telur masak, gunakan api kecil. Bila dah ok boleh matikan api.

3.Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis darat dan goreng hingga harum, matikan api dan tuang ke dalam peiuk tadi. Boleh dihidangkan..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget