Friday, October 7, 2011

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK LADA HITAM


lauk2 kampung ni memang berselera betul, bertambah lagi nasi, gorengkan telur dadar, tumbuk sambal belacan, dan goreng ikan masin.. FUH.... makin naik kolestrol..hehehe

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK LADA HITAM

Bahan2:
1 kilo siput sedut di cuci bersih di buang hujung belakangnya
800 ml santan cair
400 ml santan pekat


Di tumbuk/kisar
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 biji cili merah
3 biji buah keras
Lada hitam biji
2 cm kunyit hidup @ ½ suduh teh serbuk kunyit

1 batang serai di ketuk
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit disiat
Garam secukup rasa


Caranya:
1. Siput diremdam supaya kotorannya keluar setelah itu dipotong ekornya dan dicuci bersih.
2. Masuk bahan yang telah ditumbuk/kisar & serai yang dititik, 2 keping asam gelugor ke dalam belanga/periuk dan digoreng tanpa minyak untuk beberapa minit.(bolih juga kalau nk gunakan minyak sedikit). za tk taruk minyak.
3. Masukkan santan cair, siput sedut, garam dan biarkan ia sehingga mendidih
4.Tambah santan pekat dan kacau rata. Bila mendidih masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun kunyit..dimasak sekejap saja dan rasa. Matikan api.

Hidangkan panas2

Sources:-From azizah’s kitchen

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget