Tuesday, September 13, 2011

KETAM PEDAS BEREMPAH


Ketam Pedas Berempah

Bahan-Bahan

1 kg ketam yg banyak isi
5 biji bawang merah dihiris halus
6 btg lada merah di tumbuk
2 pelepah daun ketumbar di hiris
1 sudu makan bawang putih cincang
1 sudu makan halia yg sudah di potong spt batang mancis
2 pokok daun bawang dihiris

Bahan yg di bancuh utk kuah:
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap soya
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu kecil dark soya sos
2 sudu makan prun sos / plum sos
2 sudu makan gula
1 sudu kecil serbuk lada putih
½ mangkuk air

• Panaskan minyak dlm kuali
• Tumiskan bawang putih, halia, bawang kecil, sebentar saja hingga harum
• Masukkan lada tumbuk lalu di gaul rata
• Masukkan ketam..di balik2kan cepat lalu dituang sedikit air
• Tutup kuali dan biarkan kuahnya mereneh selama 5 minit
• Baru masukkan bahan2 bancuh utk kuah
• Bila ketam dah masak dan bertukar warna..masukkan telor
• Balik2kan lalu masukkan daun bawang..bila rata dah masak dimatikan api
• Semasa menghidang, taburkan daun ketumbar

Sources: unknown (taken from my own recepi file)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget