Friday, August 19, 2011

MEE GORENG TOMATO

MAGGIE GORENG TOMATO


This noodle... just nice, terasa sedikit masamnya, pedas, combinasi kicap manis dan kicap masin is just right adding more flavour to this noodle.. Cobala, Sedap.
Bahan:-
  • 5 bungkus mee maggie yg kosong (yg tiada rempah) - dipatah2kan sedikit direndam dgn air sejuk sebentar
  • 200 gm daging - dihiris halus dan basuh bersih.
  • 12 - 15 ekor udang - dibersihkan
  • 4-6 biji cili merah - dikisar
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato - didadu
  • 1 kiub pati lembu / ayam
  • 1 batang lobak merah - dipotong batang mancis
  • 1 ikat sawi - dipotong-potong
  • 2 mug air
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumis :-
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan daging, perlahankan api dan kacau hingga daging 3/4 masak.
  3. Masukkan cili kisar, sos tomato, tomato puree, kicap dan kiub pati lembu. Kacau rata dan sebati.
  4. Masukkan udang, lobak merah dan batang sawi. Kacau.
  5. Masukkan air dan garam. Biar didih sekejap.
  6. Masukkan maggie dan tomato dadu, kacau balik rata-rata hingga nampak kembang dan lembut sikit.
  7. Masukkan sayur sawi dan kacau lagi hingga maggie nampak kering dan sebati dengan bahan lain.
  8. Setelah sebati dan maggie lembut. Tutup api dan hidangkan dengan cili jeruk/perahan limau nipis.
Sumber: cutemamadelicacies.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget