Wednesday, February 8, 2012

KENAL PASTI RAMUAN PADA LABEL MAKANAN

Kenal Pasti Ramuan Pada Label Makanan
SUDAHKAH anda teliti apakah yang terkandung dalam label makanan pada bungkusan makanan yang anda beli?
Dalam rencana dari ruang berita harian ini menjelaskan mengenai tujuh jenis bahagian yang lazimnya terdapat dalam label makanan bagi setiap produk seperti: 
1)tarikh
2)nama produk
3)berat bersih
4)senarai ramuan
5)maklumat pemakanan
6)cara penggunaannya
7)maklumat pembuatnya.


  • Senarai Ramuan: Senarai ramuan kelihatan seakan-akan seperti resipi. Ia memberitahu anda tentang bahan-bahan yang ada di dalam makanan dalam bungkusan tersebut. Ramuan itu biasanya ditulis dalam bentuk menurun berdasarkan beratnya. Ramuan yang ditulis paling atas dalam senarai adalah yang paling banyak digunakan, diikuti dengan yang kedua dan ketiga banyak dan seterusnya. Mari kita perhatikan senarai ramuan dalam sebuku roti, sebagai contohnya.






  • Ramuan Tepung protein tinggi, granul gula tebu, lemak sayuran, ragi roti, garam, tepung soya, pemantap doh, vitamin C, kalsium, zat besi, kalsium propionat. Namun sesetengah ramuan diberikan nama berbeza antara satu senarai dengan yang lain. Lemak dan minyak umpamanya, akan disenaraikan sebagai vegetable oil, dripping, shortening atau hydrogenated vegetable oil. Semua jenis lemak tersebut mempunyai nilai tenaga (energy) yang sama tetapi berbeza dari segi darjah ketepuannya. Lemak dan minyak daripada sumber haiwan, adalah yang paling tepu. Ia tidak sesihat lemak dan minyak daripada sumber yang tidak tepu seperti safflower, bunga matahari atau kacang soya.



  • Gula Dalam senarai ramuan, bahan ini boleh ditulis sebagai gula tebu, gula perang atau gula asli (raw sugar), gula aising, sukrosa, glukosa, dektrosa, maltosa, fruktosa, mollase, sirap jagung atau madu yang kesemuanya mempunyai nilai tenaga serupa. Pemanis tiruan seperti aspartame, saccharin dan acesulfame juga boleh dimasukkan ke dalam senarai gula.



  • Garam Kadang-kadang garam ditulis sebagai 'sodium chloride' tetapi ia juga boleh ditulis sebagai rock salt, sea salt atau vegetable salt.



  •    Sumber: Lembaga Penggalak Kesihatan



  • No comments:

    Post a Comment