Thursday, September 15, 2011
RENDANG DAGING (hjh Saliah)
RENDANG DAGING
1 kg daging lembu
Bahan yg dikisar halus:
1/2 kg bawang merah
10 biji bawang putih
4 batang serai
4 cm halia
4 cm kunyit hidup
4 cm lengkuas dititik
5 sudu makan lada kering yg sudah dikisar
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
5 helai daun salam
1.5 liter santan pekat diperah dari 3 biji kelapa
Garam secukup rasa
Daging dipotong berketul ketul tetapi jgn terlalu kecil. Cuci dan toskan. Masukkan daging kedalam kuali bersama-sama rempah kisar, santan dan lengkuas. Masak dengan api yang besar. Kacau hingga rata.
Semasa kuahnya mula menjadi pekat..masukkan daun limau purut, daun kunyit dan daun salam. Kecilkan api. Rendang harus selalu dikacau. Apabila sudah pekat, taburkan garam secukup rasa. Masak lagi sehingga kuahnya kering dan keluar minyak. Jika warna nya bertukar menjadi coklat tua..menunjukkan rendang sudah masak. Matikan api. Enak dimakan bersama roti, nasi, ketupat.
Resepi olih: Hjh Saliah Abdullah @ buku mintak Ampun Sedapnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment