Asam pedas ni memang lain dari asam pedas yg biasa, kerana ia menggunakan jintan halus dan daun ketumbar. Cobalah..Power!!!
Resepi dari blog bro Rozzan.TQ
IKAN MASAK BENGGALI
1 ekor ikan ongah / kerisi (kira-kira 1 kg)
2 biji bawang besar (dihiris, utk tumis)
Bahan Kisar
50 tangkai lada kering dibuang biji or 2 smkn yg da kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam - ikut suka pedasnya
1 sudu teh (bumbung) jintan halus
1 sudu teh kunyit serbuk
secukup air asam
3-4 cawan air
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (optional)
1 ikat daun ketumbar
2 biji tomato (belah 2 atau 4)
bendi atau terung (secukupnya)
2-3 senduk minyak utk menumis
Cara:
1. Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar hingga separuh layu. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu lalu masukkan pula daun ketumbar. Kacau dan biarkan sebentar (1-2 minit).
3. Seterusnya, masukkan air (3-4 cawan), ikan yg telah dibersihkan tadi dan juga sayur bendi. Biarkan sebentar, kemudian baru masukkan air asam dan garam. Rasalah masam masinnya tp jgn terlalu masam.
4. Akhir sekali, masukkan buah tomato dan kacau sebentar sebelum dimatikan api.
Nice, lain dari asam pedas yg biasa..