Monday, October 28, 2013

SOTONG MASAK KICAP


Resepi ni lama tersimpan dlm file.. lupa pulak resepi ni dari siapa.. Maaf ya yg punya resepi
azizah@cutemamadelicacies


Sotong masak kicap 
500 gm sotong 
1-2 smkn lada yg sudah dikisar 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
4-5 smkn kicap pekat
Bahan A:
1 batang serai 
1 batang kulit kayu manis.
4 kuntum cengkih 
3 pelaga
1 cawan air 
1-2 keping asam keping 
gula, garam 
1 biji bawang dipotong bulat
lada merah dipotong serong atau beberapa tangkai lada padi diketuk
bahan kisar: 
1 biji bawang besar 
4 biji bawang putih & 1 inci halia


Sotong dibersihkan lalu di toskan. 
Panaskan minyak, tumis bahan A. 
Masukksn lada kisar, Tumis hingga garing dan sedikit kering. 
Masukkan kicap pekat, lada hitam, asam keping, biar sebentar baru masukkan air dan masak hingga pecah minyak. Masuk sotong, garam dan gula. Masak ikut pekat yg disuka. Masokkan bawang hiris, lada merah hiris/lada padi ketuk.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget