Sunday, December 16, 2012

ELAK BAU TIDAK ENAK

Kali ini kzah ingin kongsi tips/info yang kzah ambil dari keratan akhbar berita harian yang kzah simpan sejak tahun 2007..
azizah@cutemamadelicacies
ELAK BAU TIDAK ENAK DIPETI SEJUK


ADA yang menggunakan arang, ada pula menggunakan lemon untuk menghilangkan bau tidak sedap dari peti sejuk. Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dan tidak dapat mencari kedua-dua bahan tersebut, cuba gunakan surat khabar. Caranya mudah. Ambil dua helai surat khabar dan gumpal menjadi bentuk bola. Letakkan sebuah pada rak paling atas dan yang sebuah lagi, di rak paling bawah dan tanpa anda sedari, bau tersebut hilang. 

Bersih dulang pemanggang 
SEBELUM anda panggang ayam atau daging dan ikan dalam ketuhar, sebaiknya alaskan dulang pemanggang (grill pan) dengan kertas aluminium. Dengan cara ini, semua jus yang keluar daripada bahan panggang akan berkumpul di atas kertas tersebut. Jadi anda hanya perlu buang kertas aluminium selepas menggunakan dulang pemanggang itu. Satu lagi cara mudah untuk membersihkan dulang pemanggang ialah dengan mengisikan separuh bahagian dulang dengan air sebelum anda panggang daging dan sebagainya. Dengan demikian, semua jus daripada bahan yang dipanggang akan jatuh ke dalam air dan memudahkan anda menjalankan kerja-kerja pembersihan. Cuma memanggang dengan cara ini akan menyebabkan bahan yang dipanggang tidak boleh garing kerana wap daripada air di dalam dulang.  
Guna gunting untuk hiris 
GUNAKAN gunting dan bukan pisau jika anda hendak menghiris daun bawang, daun ketumbar dan lain-lain jenis herba seperti itu. Ini kerana ia lebih mudah terutama apabila anda hendak menjadikan dedaun tersebut sebagai taburan di atas sesuatu jenis masakan.

No comments:

Post a Comment

Fish