Tuesday, January 10, 2012

MASAKLAH HIDANGAN SIHAT


MASAKLAH HIDANGAN SIHAT



ANDA sering mendengar nasihat tentang makanan sihat. Lazimnya, ia dikaitkan dengan makanan siap segera. Bagaimanapun anda juga perlu tahu bagaimana hendak memasak sendiri makanan anda agar menjadi makanan yang baik untuk kesihatan. Berikut ialah sedikit panduan:



  • Apabila anda membeli bahan-bahan atau ramuan masakan seperti kicap, sos tomato, susu, minyak masak dan sebagainya, pilihlah yang ada logo piramid Healthier Choice daripada Lembaga Penggalak Kesihatan.



  • Tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam masakan dan makanan anda. Warna sayur-sayuran dan buah-buahan itu bukan saja menjadikan makanan anda lebih menarik, malah ia adalah lambang khasiat di dalamnya.


  • Gunakan herba dan rempah ratus untuk menyedapkan lagi masakan anda. Dengan ini, anda tidak perlu menggunakan terlalu banyak garam, sos dan bahan perasa. Antara herba dan rempah ratus tersebut ialah bawang putih, bawang merah, halia, tulang ayam, tangkai cendawan, kacang soya dan kacang tanah. Semuanya ini boleh dijadikan stok.


  • Apabila memasak, gunakan kuali antilekat agar anda tidak perlukan banyak minyak.


  • Celur sayur-sayuran antara satu dengan dua minit, kemudian masukkan ke dalam air sejuk sebelum menumis. Tujuannya agar sayur-sayuran tidak perlu ditumis terlalu lama hingga hilang khasiatnya.


  • Gunakan kaedah memasak yang lebih baik untuk kesihatan seperti rebus, kukus, tumis (agar tidak perlu menggunakan banyak minyak) dan panggang.


  • Masak masakan secara goreng terendam hanya dua kali seminggu.


  • Layukan sayur-sayuran dalam stok ayam buatan sendiri dan bukan dalam minyak. Nota: Panduan ini dipetik daripada risalah 'Healthy Cooking Tips from Domestic Helpers' yang disiapkan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan.

  • No comments:

    Post a Comment

    There was an error in this gadget