Thursday, December 1, 2011

TERUTUB RENDANG


TERUTUB RENDANG
Resepi: Hjh Saodah bte Md Salleh
Dari: Buku Mintak Ampun Sedapnya.
Posted by: azizah@cutemamadelicacies
Bahan:
1 ekor ikan cermin yang sederhana besarnya dibersihkan

Bahan kisar:
4 biji buah keras
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 sudu makan lada kisar
2 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan rempah rendang
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
2 gengam bawang goreng
1 batang serai di titik
1 ibu jari lengkuas dititik
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
Minyak utk menumis
Gula dan garam
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar, lada kisar, rempah rendang, rempah kari sehingga wangi dan garing.
Masukkan santan, asam keping, daun kunyit, daun limau purut, serai, lengkuas, dan masak sehingga ia separuh pekat.
Barulah dimasukkan ikan nya, garam dan gula secukup rasa.
Masak dgn api sederhana. Bila rempahnya mulsi pekat, balikkan ikannya dan masukkan bawang goreng yg diramas- ramas. Masak lagi sehingga rempahny pekat dsn kering sedikit. Jangan di balik-balikkan ikan..cukuplah 2 kali sahaja. Seandainya inginkan lauknya berkuah.. Jgn dikeringkan, setakat  pekat saja.
TERUTUB RENDANG
Recipe: Hjh Saodah bte Md Salleh
From: Book Mintak Ampun Sedapnya
Posted by: azizah @ cutemamadelicacies
Ingredient:
medium size fish cleaned

Ground items:
4 pieces of candle nut
1 large onion
4 cloves garlic 
2 tablespoons ground dried chilli
 
2 tablespoons fish curry
2 tablespoons  rendang powder
4 cups coconut milk from 1 coconut
half- 1 cup of fried onions
1 stalk lemon grass-crush

2 .5 cm galangal-crush
1 turmeric leaf
3 kaffir lime leaves
1 piece dried tamarind
Oil for sauteing
Sugar and salt
 
Heat oil in a wok.
Fry grind  paste, grind chilli, rendang powder, curry powder until fragrant.
Add coconut milk, tamarind, turmeric leaves, kaffir lime leaves, lemon grass, ginger, and cook until it is half thick.
Then add in fish, salt and sugar to taste.
Cook with medium heat. When gravy start to thicken, flip the fish and add fried onions that had crushed with your hand (squeeze). Cook until little dry. Do not always fish the turned .. just enough for two times. If want more gravy do not cook till dry, only thicken the gravy.

2 comments:

  1. Assalam kak zah, terutup ni nampak sungguh sedap..ada ala2 rendang kan kak lauk terutup ni..
    cantik warna kuahnya tu kak..

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam ayu.. memang ala2rasa rendang tapi tidak menggunakan kerisik. mungkin itu sbb nya warna nya gitu. Memang sedap..simpan overnyte, rempahnya terasa.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget