Wednesday, April 30, 2014

SAMBAL LADA HIJAU PADANG



SAMBAL LADA HIJAU PADANG
resepi: DTS


bahan-bahannya:
8 biji cili hijau, cuci dan toskan
20 biji cili padi hijau thai, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris
1 biji tomato hijau, dicincang
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci, tos dan goreng garing
2 camca besar jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kukus cili hijau dan cili padi selama 8 - 10 minit, angkat dan sejukkan. Kemudian tumbuk cili tadi bersama2 bawang merah hingga lumat. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga sambal garing, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus lemon, kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ubi rebus...


KELIO AYAM


KELIO AYAM
sumber: chef hanieliza
 bahan A:
8 ketul ayam dibuang kulit
1 cawan santan pekat drpd 1/2 biji kelapa
5 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
5 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

bahan B: dikisar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering
5 biji lada padi
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 btg serai
3 biji buah keras


caranya:
1. bersihkan ayam dan tus sehingga kering.

2. panaskan minyak didlm kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi dan pecah minyak.

3. masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam masak

4. masukkan santan pekat , garam, asam gelugur, dan daun limau purut.

5. masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak

6. sedia dihidangkan

Thursday, April 17, 2014

SUP TULANG MERAH / BONE STEAK

azizah@cutemamadelicacies

RESEPI BONE STEAK INI MEMANG SEDAP.. KAK ZAH SLALU GUNAKAN RESEI NI..
AIR REBUSAN YG PERTAMA SETELAH KLUAR MINYAK DAN BUIH NYA KAK ZAH BUANG.. BARU KAK ZAH MULAKAN CARA CARA SETERUSNYA UTK REBUS DAGING.. MAKLUM LAH, BAU KAMBING DAN MINYAK KAMBING KUAT SNGT.

SUP TULANG MERAH / BONE STEAK
SUMBER: MY OLD RESEPI BOOK
SOURCE: AZIZAH'S KITCHEN

Bahan bahannya:
1 kg tulang kambing dicuci bersih
6 ulas bawang putih dikisar halus*
10 cm  halia dikisar*
4 sudu makan rempah sup*
5 litre air
5 helai daun salam

*daging yg sudah dicuci bersih digaul dgn segengam tepung direndam 10 minit kemudian dibilas balik
*rebus tulang dulu selama 1 jam baru masukkan bahan [*] dan rebus lagi selama lebih kurang 3 jam



bahan tumis:

bahan A:
3 biji bawang besar / bawang jepun dipotong dadu
4 biji lada hijau dipotong bulat

bahan B:
3 sudu makan penuh rempah beefsteak

3 sudu makan kicap manis + masin
3 sudu makantomato sos
1sudu makan serbuk lada yang kasar
1 sudu makan gula
1 sudu teh warna oren [no;284] dibancuh dgn 1/2 gelas air rebusan daging
1 sudu teh perasa
100 gm minyak utk menumis

*panaskan minyak dan tumis bahan A.. bila layu masukkan bahan B..tumis hingga wangi
*masukkan bahan2 lain dan sedikit air..biar rata.. masukkan warna.
*tuangkan bahan tumis kedlm rebusan daging tadi..lalu masak lagi hingga mendidih

CUCUR / BAKWAN JAGUNG



CUCUR / BAKWAN JAGUNG


BAKWAN JAGUNG
Resepi dari fb: Ana Hazwani
dari dapur : cutemamadelicacies
Bahan-bahan:
• 3 ½ cawan tepong gandum*
• 1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
• 2 cawan Jagung
• 1 cawan isi udang
• 3 cawan air sejuk
• 1sdb maggie cukup rasa(pati bilis pn bole)
• 1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
• ½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris
• 1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
• 1bji cili merah didadu
• ½ sudu kecil kunyit serbuk
• 1 biji telur
• Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:
✔Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
✔Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
✔Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
✔Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.(anna wat ngn sudu bg kecik2)
✔Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
✔Bila dah garing, angkat & toskan.
✔Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.

Wednesday, April 16, 2014

IKAN TIGA RASA



Ikan 3 rasa
sumber:myresepi
tested & try: azizah's kitchen
Bahan-bahan 

Seekor ikan kerapu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu bwng besar - dicincang halus
4 tangkai cili merah - dicincang halus atau hiris
5 btng cili padi merah - dipotong kecil
2 biji tomato - dipotong dadu
2 keping nenas dlm tin - di potong dadu
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tomato
Sedikit daun ketumbar-hiris halus
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, halia..tambah sendiri
garam, gula 
Air secukupnya jika perlu
Minyak

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, & tepung jagung. 
Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat &toskan.Letak dlm piring bersesuaian
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang,goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang besar & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
Masukkan lada merah dan cili padi yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, garam, & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. 
Resepi ni saya dah tambah2 sendiri rencahnya ikut selera sendiri.

Friday, April 11, 2014

KARI SADIN




azizah@cutemamadelicacies

kari sardin

source: myresepi
tried by: cutemamadelicacies


Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 1 tin sardin 425gm - brand apa pun tak kisah
  • 1 labu bwg besar - hiris nipis
  • 5 biji bwg merah - hiris nipis
  • *1 inci halia
  • *4 ulas bwg putih
  • bhn* di tumbuk sedikit kasar
  • 1 btg serai - ketuk aja
  • 1 sudu teh (rata) - halba campur
  • 1 paket kecil srbuk kari ikan
  • 1 - 2 sudu besar cili kering kisar
  • 8 biji cili api - letak sebiji2
  • 2 biji tomato - potong 4/8
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 keping asam gelugor
  • 2@3 biji kentang - kupas kulit/goreng sebiji2/potong
  • garam cukup rasa
  • 2 1/2 cawan air panas
  • nenas..optional (sendiri tambah)
  • daun kari






Cara-cara

  1. Panaskan 1/3 cawan minyak .. agak2 la..
  2. Tumis bhn*, bwg besar, bwg merah, serai, daun kari d ikuti halba campur hingga naik bau & sedikit garing
  3. Masukkn rempah kari(tak perlu bancuh dgn air), kecilkn api - kacau mesra d ikuti cili kering kisar, cili api, asam gelugor & kicap manis biar kejap...boleh letak 1 cawan air panas
  4. Bila rempah naik bau & pecah minyak, boleh masukkn ikan sardin bersama sos nya juga & 1 1/2 cawan air panas - biar kuah mereneh perlahan-lahan dgn api kecil - sesuai rasa garam nya
  5. Agak2 dah ok & kuah pun pekat, masukkn tomato & kentang - tomato 1/2 masak, tutup api
  6. Boleh lah di hidangkn panas2...cuba lah, resepi mudah aja ;)