Wednesday, December 12, 2012

KULIA SUMATERA

Kulia Sumatera..resepi dari berita harian olih chef Aini Salim
Bahan-bahan:
600 gm daging kambing/ lembu dipotong tipis
600 gm kentang dikupas kulit dan dibelah 4 atau 6 memanjang, kemudian digoreng.
10 cawan santan dari 1 biji kelapa. Bolih juga digantikan dgn susu cair rendah lemak.
...

5 helai daun salam
5 helai daun limau purut
Setengah cawan minyak masak
1 biji limau nipis diambil jusnya
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sentimeter lengkuas
30 tangkai lada kering
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk jintan kasar
2 sudu makan serbuk ketumbar
Garam

*giling bawang besar, bawang putih, lada kering, serai dan lengkuas.
*panas minyak dan tumis bahan2 giling serta serbuk ketumbar, jintan halus dan jintan kasar sehingga garing dan wangi baunya.
Masukkan daging dan santan. Jika anda menggunakan susu cair sebagai ganti santan, campurkkan secukup air utk mengempukkan daging.
*masukkan sekali daun limau purut dan daun salam.
*masak sehingga daging empuk, baru masukkan garam, air limau nipis dan kentang goreng.
**jangan masukkan garam ketika kuahnya masih banyak kerana dikhuatiri anda akan tersilap sukatan

2 comments:

  1. Replies
    1. Salam perkenalan juga Salami Simon.. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan kak za.

      Delete