Thursday, September 1, 2011
UDANG MASAK TOMATO BILIS
masakan ini wangi kerana daun2 nya. kenapa Zah namakan tomato bilis sbb Zah gunakan tomato dan ikan bilis nasi..cobalah,to me ia memang sedap.
UDANG MASAK TOMATO BILIS
1 kg udang sederhana besarnya digunting ekor dan muncung.
Bahan A:
20 btg lada kering
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
3 biji tomato..dihiris,didadu or dipotong baji (terpulang)
Setengah cawan ikan bilis nasi
Bahan B:
1 btg serai di titik
1 jari lengkuas
1 helai daun kunyit dibuang tulang dan dirampai
2-3 helai daun limau purut dibuang tulang dan di rampai
1 biji lemon
Setengah cawan santan pekat
Setengah cawan bawang goreng
Minyak utk menumis
Gula dan garam
Udang di rebus dgn sedikit air sebentar saja dan toskan airnya. Simpan.airnya utk dibuat kisar bahan A. Panas.minyak dlm.kuali. Tumis serai hingga wangi. Masukkan rempah kisar dan tumis lagi. Campakkan lengkuas serta daun kunyit, daun limau dan masak hingga naik minyak. Masukkan gula, santan, garam dan udang. Masak dan balikkan hingga kuahnya pekat. Jika sambalnya terlalu kering, masukkan sedikit air rebusan udang. Semasa menghidang, perah sikit jus lemon dan tabur bawang goreng. Enak dimakan dgn nasi, lontong atau nasi.
cobalah..memang sedap
Sources: azizah kitchen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment