Friday, March 7, 2014

Home Made Ikea Swedish Meatball

Home Made Swedish Meat
ball
from Azizah:s Kitchen


Meatball Recipe
maaf tuan puanya resepi.. lupa pulak siapa yg empunya.. resepi ini kzah ubahsuai setelah google beberapa resepi

Bahan-bahannya: Boleh dapat lebih dari 30-40 biji depend on the size of the ball.
500 gm daging kisar atau Daging kisar Ramly (yang macam 2 slices daging burger tu) 
1 sudu makan Bawang putih kisar
sedikit halia kisar
1 biji bawang besar Holland – dicincang halus
8 sudu makan Bread crumb – atau biskut Cream Cracker yang diblend
1/3 cawan tepung gandum dalam 3 sudu makan
2 biji telur yang dikocok dahulu
3 sudu kecil serbuk lada hitam
¼ cawan susu segar
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam dan perisa secukup rasa

Cara-caranya:
Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.. Cara kukus meatball adalah yg terbaik.. jika dibakar Meatball agak kecut dan sedikit keras.

Semasa google resepi kuah meatball, ada 2 jenis. Blackpepper dengan mushroom maka jadilah gravy ni..

Meatball gravy :
2 sudu mkn butter
1 setengah sudu mkn tepung gandum
1 biji bawang besar Holland dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit
2 biji tomato sederhana besarnya dipotong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100 ml susu segar/susu cair *
2-3 sudu mkn sos tomato *
2-3 sudu sos tiram *

2 sudu kicap manis *

2 sudu sos lada hitam atau serbuk lada hitam*
1 cube pati ayam
1-2 sudu makan gula *
1 sudu makan tepong jagung dicampur sedikit air
serbuk beef gravy segera/ beef cube

Cara-caranya:
1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.
2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato
4. Bila dah layu, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih. Jika terlalu pekat bolih tambah sedikit air..jika cair masukkan air tepong jagung
5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi)
6. Tuang semula dlm periok dan didihkan sebentar. kacau selalu. Apabila mendidih dimatikan api dan tuangkan atas meatball.

Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. So, dapatlah makan homemade meatball Ikea.
Bolih dibuat meatball lebih dan dibekukan utk disimpan

Bolih juga digunakan meatball ready made jenama MARINA sedap'' rasa nya seakan2 meatball Ikea.
meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.
-kentang goreng secukupnya.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget