Thursday, August 28, 2014

MEE SIAM GORENG (2)



mee siam goreng darat

CUTEMAMADELICACIES KITCHEN
ANOTHER RESEPI MEE SIAM CLICK DISINI

Mee Siam
1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat hingga lembut, toskan)
250 gm taugeh (bersihkan)
1 cawan lada kering kisar (kalau kurang pedas, boleh tambah)
3 biji bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
2 sudu makan udang kering (rendam, kisar)
beberapa keping fish cake (potong ikut suka)
sedikit belacan (sikit jerr)
3 sudu makan tauco (lecek halus)
3 sudu makan sos tomato
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak utk menumis
daun sup/bawang, bawang goreng, lada merah hiris, hirisan telur dadar, limau kasturi.

Cara
Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, belacan dan campurkan dgn cili kering kisar tadi. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumislah bahan2 kisar ini. Setelah garing, masukkan tauco, gula, garam dan kacau lagi. Kemudian masukkan taugeh dan fish cake, udang dan seterusnya mee hoon yg telah dicelur tadi. Akhir sekali masukkan sos tomato dan gaul rata-rata. Angkatlah dari kuali dan bubuhlah bahan taburan di atas mee siam ini.

Nota:
Kalau nak buat Mee Siam berkuah, siapkan rencah tumisnya (i.e bawang besar/putih, cili kisar,belacan) seganda (twice the amt). Tumis rencah ini sehingga garing, masukkan sedikit gula, garam. Ketepikan. Kemudian ambil 1/3 rencah panaskan dan masukkan taugeh dan mee hoon jer. Gaul rata.

Untuk kuahnya, ambil lebihan rencah tumis tadi dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air (kira-kira 3-4 mangkuk, atau lebih) . Bubuh 1/2 botol tauco yg telah di tumbuk separuh halus, sedikit garam, air asam dan gula. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Boleh juga dibubuh sedikit kacang tanah yg telah sangai dan ditumbuk kasar2. Sesuaikan rasanya, ada rasa tauco, masam sikit dan manis. Bahan-bahan seperti fish cake, udang hidup, daun sup/bawang, lada merah hiris, telur dadar tidak digunakan.



resepi sumbangan Bro Rozzan


DAHLIA COOKIES / BISKUT DAHLIA


DAHLIA COOKIES / BISKUT DAHLIA

resepi dari k1

Bahan A:
250 gm mentega
120 gm gulaicing
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telor



Bahan2 B: di ayak bersama:
230 gm tepong gandum
100 gm tepong kastard
100 gm tepong jagung
50 gm tepong ubi

bahan hiasan: ceri merah/ hijau


1.Pukul bahan A hingga berkrim.
2. Masukkan bahan B hingga doh menjadi lembut
3. Gunakan acuan Dahlia dan tekan doh di atas loyang yg telah dileser dgn mentega
4. Sapukan sedikit putih telor ditengah biskut supaya ceri tidak tertanggal apa biskut masak dan hias dgn ceri
5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 140c 20 minit atau hingga kekuningan

Wednesday, August 27, 2014

TART NENAS 1


TART NENAS yg digemari ramai
tried and tested in Aziza's Kitchen
resepi asal dari sini
Bahan-bahan utama:
 200 gm mentega (mina guna yang masin),
 1 sudu besar minyak sapi,
 2 biji kuning telur,
 3 sudu besar gula ising, 
4 sudu besar tepung jagung,
 3 cawan tepung gandum dan jem nenas.

Langkah pertama: Masukkan mentega, minyak sapi dan gula ising. Pukul guna senduk hingga sebati. Tidak perlu lama-lama. Asalkan gula sudah sebati dan cair bersama mentega dan minyak sapi sudah memadai. masukkan kuning telur. Pukul lagi.

Langkah kedua: Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Uli menggunakan tangan hingga menjadi doh yang sempurna. Jika doh masih lembik, tambah sedikit tepung lagi tetapi jika doh sudah elok cantik, tidak payah habiskan baki tepung tersebut. Doh yang sempurna adalah doh yang sebati dan tidak melekat di tangan. 



Langkah ketiga: Sediakan plastik pengalas, penggelek doh dan penerap. Bahagikan doh pada beberapa bahagian. Ambil bahagian pertama dan mula canai. Bahagian doh yang lain hendaklah ditutup dengan kain supaya doh itu tidak kering. Canai dengan ketebalan sederhana. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. Yang sedang-sedang sahaja sudah memadai. Jika hendak lagi faham, sila rujuk pada gambarajah yang telah Mina sediakan ini.

Langkah keempat: Setelah terap cengkerangnya, sumbatkan pula jem nenas ke dalam lubang yang tersedia. Pastikan jem nenas itu telah anda bulatkan atau gentel terlebih dahulu. Jangan malas-malas tau, nanti Biskut Tart Nenas anda jadi bersememeh dan tidak cantik.

Langkah kelima: Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah Celcius selama 25 minit atau sehingga masak. Mina hanya menggunakan api bawah sahaja.

Walaupun membuat biskut ini kerjanya sangat rumit dan leceh, namun untuk mendapat kepuasan yang maksima ketika makan nanti, 

Thursday, August 14, 2014

Rawon Set

 
Resepi Kuah Rawon. ada beberapa resepi Rawon tersimpan dlm file kzah, kali ini kzah ingin mencuba kuah Rawon dari bro Rozzan.. Alhamdulillah, tidak mengeciwakan.
KUAH RAWAN / RAWON 
Bahan-bahannya
1 kg tetelan (potong kecil-kecil, direbus dgn air sehingga masak)
- simpan air rebusan daging ini utk dijadikan kuah

Bahan-Bahan Kisar
20-25 tangkai lada kering (direndam dan kisar dgn secukup air hingga halus)
2 biji bawang besar (saiz besar)
12 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sm lengkuas
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam }
3 sudu makan ketumbar }
1 sudu makan jintan halus }
1 sudu makan jintan kasar } ....sangar kering dan kisar

7-8 biji isi buah keluak (kisar atau tumbuk dgn sedikit air)
3 sudu makan kerisik
sedikit air asam atau gunakan asam keping
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

4 helai daun salam
10-12 helai daun limau purut
minyak utk menumis

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing

2) Masukkan pula daging/tetelan bersama air rebusan, kerisik, buah keluak, daun salam/limau dan garam. Kemudian bubuh asam keping atau sedikit air asam. (jgn terlalu masam)

3) Setelah itu, masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar sehingga kuah mendidih lalu matikan api.

Nota:
Nasi Rawan enak dimakan dgn lauk-lauk seperti berikut :
Daging Rendang, Limpa Goreng, Paru/Tempe Goreng, Sambal Tumis Sotong Kering, Sambal Belacan Bagedel, Acar Timun, Kacang Ikan Bilis Sambal, Kerepek, dll.

utk Sambal Sotong klik disini
utk Resepi Bergedil klik disini