Memang sedap dan amat senang dimasak. Lauk ini kelihatan sedikit berminyak kerana ayam mengeluarkan minyak dan juga kerisik.
AYAM KICAP KERISIK
recipi dari kak Fida (myresipi)
Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan
Bahan yg dihiris halus:
3-4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
4 tangkai lada merah/hijau
Bahan kisar:
3 batang serai
1 ibu jari halia
20-25 tangkai cili kering
sedikit belacan bakar
1/2 botol kicap manis/pekat manis
1/4 cwan air asam jawa
3 sb penuh kerisik
garam,gula secukup rasa jika perlu
sedikit air jika perlu
1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .
Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.