Monday, February 8, 2016

LAKSA LEMAK


Laksa Lemak
Tried: cutemamadelicacies

Bahan A: dikisar halus
20 tangkai lada kering digunting di cuci dan direndam
1 sudu besar belacan ( jika suka)
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Setengah cawan udang kering direndam
3-5 biji buah keras
3 sudu makan membumbung serbuk ketumbar

2 btg serai di titik

Bahan B:
500 gm udang hidup
750 ml air utk rebus udang
1 sendok lauk minyak utk menumis
1000 ml air utk kuah
1200 ml santan pekat 2 biji (santan kotak pun bolih.. 3 kotak) bolih tambah jika ingin lagi lemak.
Garam
2 sudu besar Gula

Bahan Sampingan:
1.5 kg mee laksa dicelor
500 gm taugeh
4 keping fish cake dihiris
Fish ball
Timun dihiris
Daun kesum dipetik dicuci dan dihiris
Telor ayam/ telor burung direbus
Tauhu pok

Rebuskan udang dgn 3 cawan air.  Kacau hingga udang bertukar warna kemerahan. Toskan dan sejukkan baru kopek kulit dan buang kepala.
Air rebusan di ketepikan utk buat kuah.

Panaskan periok.. tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masokkan air sedikit demi sedikit pd tumisan agar tidak hangus. Bila garing..masukkan air rebusan udang dan 4 cawan air paip berserta santan pekat.. Kacau slalu kuahnya agar tidak pecah minyak. Masukkan tahu pok, garam dan gula. Kecilkan api dan masak hingga tahu pok lembut.

Utk sambal:
Setengah cawan lada kisar
15-20 cili padi dikisar
Sedikit belacan
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan masak diatas api hingga pekat.

Cara hidang:
Bubuh secukup mee laksa dlm mangkuk, hias dgn udsng, telor rebus,  hirisan fish cake, taugeh, hirisan timun dan daun kesum. Tuangkan kuah secukupnya dan bubuh sambal.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget