Monday, February 16, 2015

TOM YUM KOONG @ STEAM BOAT


SUP TOM YAM
azizahsulaiman

Bahan kisar:
10 biji lada padi
1/2 cawan air
1/2 cawan jus lemon

1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1/2 kg uadng dikupas kulit digunakan untuk stok
1/2 ekor ayam.. Isi nya dihiris dan tulang nya di gunakan untuk stok
10 cawan air
4 batang serai di rampai
2 hiris lengkuas
4 helai daun limau purut
15 helai daun selasih
5 biji lada padi.. tambah jika suka
1 sudu pes tomyam
garam
Minyak

Bahan lain: sotong, udang,  fish ball, crab ball, sausage,  jagung kecil, berbagai jenis cendawan,  sayuran, telur burung dll mengikut kesukaan.

Caranya:
Panaskan minyak dalam periuk. .Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan kulit udang dan tulang ayam. Goreng sebentar. .kemudian masukkan 10 cawan air. Masukkan serai,  lengkuas dan garam. Masak hingga mendidih. Setelah 5 minit. .Matikan api dan di tapis. Ambil air nya saja utk stok.
Didihkan semula stok dgn api yang kecil. Setelah mendidih masukkan bahan kisar. Masukkan pes tomyam. . Masukkan bahan lain.. jika suka lebih masam.. tambahkan jus lemon.

Bahan untuk buat homemade pes tomyam:
2 batang serai
3 biji bawang putih
1/2 jari kunyit basah
2 sudu makan akar ketumbar
1 sudu makan lada putih
1 sudu makan serbuk lada
2 hiris lengkuas
7 biji lada merah
4 biji lada hijau
5 helai daun limau purut
2 sudu makan gula melaka
1 sudu makan gula
1 sudu makan belacan
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan ikan bilis
3 sudu makan sos ikan
4 sudu makan jus limau nipis
garam

** kisar semua bahan hingga halus dan pekat. Tumis hingga kering dan wangi. Setelah masak sejukkan.. Masukkan dlm botol dan simpan dalam peti sejuk.. senang bila hendak digunakan. . Selamat mencuba. .







No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget