Sunday, February 23, 2014

KARI AYAM HIJAU THAI / Thai Green Curry

KARI AYAM HIJAU THAI



KARI AYAM HIJAU THAI 
By: Chef Wan
dari link :http://www.azlitamasammanis.com/2011/01/kari-ayam-hijau-thai.html

Ayam - potong kecil2 dan cuci bersih 
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar pes kari hijau Thai (mcm dlm pic kat atas tu)
2 cawan santan (500 ml)
1 biji terung Thai - (terung Thai lebih kecil berbanding dgn terung biasa dan kulitnyer berwarna hijau dan putih berkrim)
20 biji terung bulat kecil
2 sudu besar sos ikan
2 sudu teh gula
4 helai daun limau perut - disiat2
2 tangkai cili hijau - dihiris nipis
20 helai daun selasih
Daun ketumbar jika suka 

Rempah Ratus
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar
Goreng rempah ratus tampa minyak dlm kuali diatas api sederhana dan kacau hingga harum. Alihkan ke dlm batu lesung dan tumbuk halus jika suka. Jika tidak gunakan dlm bentuk asalnyer
Panaskan minyak masak dlm kuali atau periuk. Masukkan pes kari Thai dan rempah ratus. Tumis atas api sederhana sehingga harum. Kecilkan api dan tambah santan, sedikit demi sedikit, kacau setiap kali dimasukkan. Apabila semua santan telah dimasukkan, didihkan dan kemudian renehkan selama 1 minit.
Tambah ayam dan kedua2 jenis terung. Renihkan selama 10 minit atau sehingga ayam empuk dan masak.Kemudian masukkan sos ikan, gula, daun limau perut dan cili hijau. Renihkan selama 5 minit lagi.
Bubuh daun selasih dan kacau, kemudian alihkan kedlm mangkuk atau pinggan hidang dan hiaskan dgn taburan daun ketumbar. Hidangkan hangat2 dgn nasi putih..