Wednesday, April 30, 2014

KELIO AYAM


KELIO AYAM
sumber: chef hanieliza
 bahan A:
8 ketul ayam dibuang kulit
1 cawan santan pekat drpd 1/2 biji kelapa
5 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
5 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

bahan B: dikisar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering
5 biji lada padi
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 btg serai
3 biji buah keras


caranya:
1. bersihkan ayam dan tus sehingga kering.

2. panaskan minyak didlm kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi dan pecah minyak.

3. masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam masak

4. masukkan santan pekat , garam, asam gelugur, dan daun limau purut.

5. masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak

6. sedia dihidangkan

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget